Ramai dalam kalangan rakan-rakan saya telah mendirikan rumah tangga bersama-sama pasangan mereka. Ada yang sudah memiliki cahaya mata juga. Umurku pada tahun ini adalah 22 tahun. Jadi, anda semua sudah tentu pernah mendengar bahawa ada sahaja pasangan muda yang baru umur setahun jagung sudah mendirikan rumah tangga. Rata-rata daripada anda semua sudah pasti tertanya-tanya adakah kahwin awal ini bagus ataupun tidak? Sebenarnya kahwin awal ini ada baik buruknya juga. Apa yang pasti, kebaikkannya ialah tidak [...]
