Tag Archives: IPTS

Keputusan peperiksaan akhir tahun 2010 semester 5

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Maaf dipohon saya pinta disini kerana tidak dapat mengemaskini blog saya ini. Jikalau anda semua membaca entri blog saya yang lepas disini mungkin anda semua akan perasan bahawa saya telah berjanji dengan anda bahawa saya akan bercerita dan berkongsi dengan anda semua tentang keputusan peperiksaan akhir yang saya dapat untuk semester ini.