Perkara Yang Wajib Diketahui Oleh Para Blogger
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan-rakan yang sudi membaca artikel saya pada hari ini. Sejak kebelakangan ini, saya asyik buat artikel tentang tutorial ke atas blog. Oleh itu, hari ini saya ingin berkongsi artikel yang berbentuk personaliti untuk para blogger.
Setiap hari ada sahaja blog-blog baru yang telah dibuat oleh anda semua. Tidak kiralah anda itu adalah seorang blogger baru mahupun sudah lama. Apa-apapun setelah hampir 3 tahun saya berblogging menggunakan platform blogger.com dan wordpress.org ini, inilah perkara-perkara yang wajib diketahui oleh anda semua.
1. Traffik :
Perkara yang perlu diketahui oleh anda semua apabila telah terlibat dengan dunia blogging ini, ia adalah traffik didalam blog anda masing-masing. Tanpa traffik didalam blog, maka orang lain pun tidak akan tahu tentang kewujudan blog anda tersebut. Untuk mendapatkan traffik didalam blog, ia bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Pelbagai laman web ping seperti gengblogger.com ataupun innit.nuffnang.com perlu didaftar supaya anda dapat ping setiap artikel-artikel baru anda. Selain laman web ping, anda juga bolehlah promosikan blog anda itu di laman web sosial seperti facebook.com dan twitter.com.
2. Idea :
Sebagai seorang penulis didalam blog, sudah pasti suatu hari nanti anda akan kehilangan idea untuk menulis artikel terbaru anda itu. Setiap orang rakan-rakan saya (My Friends Links), sudah pasti memerah otak mereka untuk menulis artikel terbaru didalam blog mereka. Cubalah suatu hari nanti, artikel-artikel anda itu dicuri dan dipaparkan didalam blog lain tanpa kredit. Apakah perasaan anda?
3. Masa :
Bukan semua penulis blog itu adalah seorang blogger sepenuh masa. Rata-rata daripada anda semua adalah seorang blogger separa masa sahaja. Apakah yang anda lakukan jikalau anda adalah seorang blogger separa masa? Sudah pasti anda mempunyai karier tersendiri bukan? Untuk meluangkan sedikit masa dengan blog, ia juga bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Semasa anda mempunyai kelapangan masa yang lebih, tulislah seberapa banyak artikel yang anda mampu. Apabila sudah tiada masa, paparkan (publish) sahaja.
4. Blogging itu tidak halal :
Kebanyakan blog yang telah dikunjungi oleh saya, rata-ratanya mereka semua mempunyai iklan Nuffnang didalam blog tersendiri. Cubalah anda bayangkan apabila 2 orang rakan bersepakat untuk klik iklan-iklan nuffnang yang keluar di blog mereka sesama sendiri. Bukankah ia sudah jadi tidak halal apabila anda mendapatkan duit itu?
5. Membuat duit menggunakan blog :
Tanpa perkara-perkara yang saya nyatakan di atas ini iaitu nombor 1-3, mustahil saya katakan membuat duit menggunakan blog itu mampu dilakukan oleh anda. Membuat duit menggunakan blog, bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Kesabaran perlu ada didalam diri anda masing-masing. Ada blogger mengambil masa sekejap sahaja untuk membuat duit menggunakan perkhidmatan Nuffnang yang ada. Ada juga sebaliknya.
Sumber artikel :
Izzat Aziz – 5 Perkara Blogger Baru Wajib Tahu.














kalau dak klak klik iklan,dah sah2 memang dah tak halal…
Pacifista Entri terkini..Seniman Menangis…
meniaga air kat pasar malam lagi untung dr maen klik2 nuffnang kan
*just a saying*
hehehe
yaaah!
Nice artikel bro..saya sangat bersetuju dengan pendapat anda.
Terbaru di blog Chris “7 Langkah SEO”