Dunia Sembang Di Camfrog
Setelah menjadi salah seorang penulis blog di Malaysia ini, pelbagai jenis perjumpaan telah saya hadiri. Perjumpaan yang saya maksudkan tersebut adalah “gathering”. Gathering adalah suatu aktiviti didalam kumpulan tidak kira muda ataupun tua ahli-ahli didalam kumpulan tersebut.
Untuk pengetahuan anda semua, pada hari ini iaitu 2 Julai 2011, saya telah menyertai lagi satu aktiviti perjumpaan secara berkumpulan di Senibong Johor Bahru. Perjumpaan ini telah di aturkan oleh beberapa orang rakan saya didalam dunia maya ini iaitu Camfrog.
Hari ini saya akan menyediakan satu artikel berbentuk tutorial bagaimanakah untuk bersembang bersama-sama kami semua di dunia Camfrog ini. Berdasarkan gambar di bawah ini, perkara pertama yang anda perlukan adalah aplikasi Camfrog ini. Anda bolehlah memuat turun (download) aplikasi ini dengan klik link ini dengan segera. Download Camfrog.
Setelah anda memuat turun (download) aplikasi ini, daftarkan (Register) tentang diri anda. Sila pastikan email yang anda gunakan itu benar. Jika anda terlupa kata kunci (password) suatu hari nanti, ia akan berguna jua.
Untuk pengetahuan anda, aplikasi Camfrog ini sama sahaja seperti aplikasi “Yahoo Messenger“.
Apakah kelebihan-kelebihan Camfrog berbanding Yahoo Messenger ?
- Dapat melihat kamera rakan-rakan anda tanpa memerlukan kebenaran daripada mereka.
- Dapat melihat lebih daripada 1 kamera rakan anda JIKA anda adalah seorang pengguna Pro (Pro User).
- Dapat memainkan lagu dengan menjadi DJ didalam “room” tertentu tanpa apa-apa gangguan ataupun rebutan mic.
Apakah langkah-langkah untuk menggunakan aplikasi Camfrog ini?
- Apabila anda menggunakan aplikasi Yahoo Messenger, sudah pasti anda akan memasukkan ID dan Password yang telah ditetapkan oleh anda bukan. Oleh itu, masukkan sahaja maklumat tersebut, kemudian tekan butang Login.
- Gambar di bawah adalah cara-cara untuk memasuki “room” yang telah disediakan setelah anda login.
3. Setelah anda klik butang yang berbentuk rumah itu, anda akan melihat 3 jenis room yang telah disediakan iaitu General, Camfrog dan juga Deaf. Tetapi jikalau anda ingin menyediakan satu lagi room iaitu 18+ (Naked Room), sila tutupkan setting filter anda itu seperti gambar ini.
Room pertama yang saya suka masuk adalah Malaysian Community. Anda bolehlah klik link Malaysian Community tersebut, untuk memasuki ke laman web mereka. Pelbagai info telah disediakan oleh rakan saya yang menggunakan ID 7warna ataupun Laat.
Saya berharap dengan adanya tutorial ini, anda dapatlah bersama-sama hiburkan diri anda dengan kami semua. Apa-apapun, semua syarat-syarat yang telah dinyatakan didalam room tersebut, anda kenalah patuh sebelum anda kena tendang keluar “kick” daripada room tersebut. Kalau kena kick tidak mengapa. Kalau kena banned 3 hari, room tersebut anda tidak bolehlah masuk selama 3 hari. Hahaha.
Room General, anda tidak boleh menaip apa-apa perkataan kasar ataupun lucah. Tetapi jikalau didalam room 18+, pastikanlah anda mengikuti syarat ini juga.
Ada 4 warna ID yang perlu anda ketahui apakah maksud-maksudnya.
- HITAM – User
- BIRU - Friend
- HIJAU – Operator
- MERAH – Owner
Id Hijau dan Merah ini, mempunyai kuasa didalam room.
Bagaimanakah untuk mengenali pengguna (USER) lelaki ataupun perempuan didalam room?
Berdasarkan gambar di atas ini, saya berharap anda dapat membezakan bagaimanakah untuk mengenali ID lelaki dan perempuan.
Incoming search terms:
- camfrog (361)
- camfrog malaysia (42)
- camfrog malaysia room (40)
- camfrog blog (19)
- camfrog malaysia room list (11)
- cam frog (11)
- camfrog 18 rooms (9)
- camfrog blogspot (8)
- kelebihan camfrog (3)
- room camfrog malaysia (3)



















ayie… knape la camfrog dan benda2 seumpamanya wujud di dunia nie.?.. hanya meruntuhkn rumah tangga aku jer…. aku nak masuk tak boleh… aku cuma tahu ex suami aku selalu chat kat sini dan terus jatuh cinta dengan perempuan dalam camfrog nih… hari2 tgk live video sampai aku dan anak2 diabaikan… knapa dunia perlu benda macamni?
Apabila dunia teknologi semakin berkembang dengan lebih pantas, maka pelbagai aplikasi, laman web sosial, akan berada di dalam internet.
mcam mne nak register?
1. Download and Run Installer camfrog on your laptop / PC
2. Sign Up your nickname and other details
3. Join us at room oO_Malaysian_Community_Oo
aku nak beli camfrog pro macam ner nak kontek?????
salam ayie…mcm mana nk beli camfrog pro di malaysia??
Waalaikumussalam.. kalau nak beli camfrog pro.. beli je dgn aku.. Harganya dlm RM200 je… id aku = ayie_johor07
mcm mana payment via maybank ok?