Premium Ads
-
Recent Posts
Seperti entri saya yang lepas, saya ada menulis bagaimanakah untuk menyertai kami di dunia Camfrog. Maka hari ini saya ingin menulis sebuah lagi tutorial bagaimanakah memasuki room show 18+ dan lihat semua awek kamera awek-awek yang ada di room tersebut dengan lama.
Adakah anda semua mengetahui apakah kepentingan dan kegunaan Javascript didalam sesebuah laman web itu? Di bawah ini adalah jawapan kepada soalan yang saya nyatakan tadi yang telah saya petik daripada laman web W3Schools.
JavaScript is THE scripting language of the Web. JavaScript is used in billions of Web pages to add functionality, validate forms, communicate with the server, and much more. JavaScript is easy to learn. You will enjoy it.
Ramai pengguna-pengguna laman web WordPress telah buat tutorial didalam laman web mereka bagaimanakah untuk menggabungkan Javascript yang digunakan untuk sesebuah web itu. Contoh tutorial yang dapat saya nyatakan disini adalah seperti di laman web Zaryl.com dan juga Rakaz.nl. Kedua-dua tutorial yang telah dinyatakan di laman web mereka ini sebenarnya saya tidak faham pada mulanya. Tetapi setelah dapat keterangan yang lebih jelas daripada rakan saya di Camfrog, hari ini saya berpuas hati kerana dapat gabungkan fail javascript tersebut.
Contoh Javascript :
Langkah 1 :
Salin alamat web (URL) javascript satu persatu di atas ini, kemudian buka tab baru di browser internet anda untuk melihat kod yang digunakan untuk script tersebut.
Langkah 2 :
Tampal (PASTE) script yang anda dapatkan daripada fail-fail javascript ini ke notepad++. Jika tiada aplikasi tersebut, anda bolehlah gunakan aplikasi notepad yang ada didalam windows anda itu sahaja.
Langkah 3 :
Merujuk kepada contoh Javascript yang saya nyatakan di atas, ia ada 4 jenis javascript. Setelah anda tampal (PASTE) semua script yang digunakan ke dalam 1 fail javascript sahaja, sila simpan (SAVE AS) fail tersebut dengan menggunakan nama fail di akhiri dengan format .JS
Langkah 4 :
Muat naik (UPLOAD) script baru anda itu ke hosting anda. Buang 4 script yang anda gunakan sebelum ini dan gantikan dengan script terbaru anda.
Tutorial ini saya rasakan pasti ada dalam kalangan anda semua tidak dapat fahaminya. Nyatakan sahaja masalah tersebut di bahagian komen di bawah ini jika mempunyai masalah ataupun kurang faham. Saya akan menolong anda.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca-pembaca artikel BLOG-AYIE.COM saya ini diucapkan. Pada hari semalam, saya telah berkongsi sebuah artikel tentang “Perkara yang wajib diketahui oleh para blogger“.
Pada hari ini pula saya ingin berkongsi sebuah artikel kepada semua pengguna-pengguna laman web wordpress.org seperti saya ini.
Sebelum saya ulas lebih lanjut, untuk pengetahuan anda semua, bukan mudah untuk menguruskan blog yang di hos sendiri ini. Bagi pengguna-pengguna blogspot, blog mereka adalah hak milik blogger.com dan ia telah dihoskan bersama-sama pihak google.com. Jadi ramai pakar-pakar yang ada didalam blogger.com itu. Bukan apa, jikalau blogger.com itu telah dicerobohi, sudah pasti satu dunia akan berasa marah apabila blogspot mereka itu tidak boleh masuk.
Sebenarnya artikel saya pada hari ini bukanlah panjang mana pun. Walauapa-apapun, jika anda ingin membaca tentang 43 Tips Keselamatan WordPress dan Plugin yang terbaik, anda bolehlah berkunjung ke laman web Hacking Truths ini. Sekian.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung-pengunjung BLOG-AYIE.COM saya ini diucapkan. Hari ini saya berbesar hati kepada rakan-rakan saya di twitter.com kerana dapat membantu saya selama ini dalam mempelajari tentang dunia laman web ini (wordpress.org). Rakan-rakan yang saya maksudkan adalah :
Jika ada rakan-rakan yang saya tidak sebutkan id twitter anda, maafkan saya sebab saya ini sebenarnya adalah seorang yang pelupa
.
Seperti apa yang anda ketahui selama ini, apabila kita telah terlibat dalam mendirikan sesebuah laman web itu, sudah pasti kita akan menceburkan diri kita dalam melihat dunia-dunia kod seperti PHP, CSS, HTML, dan juga Javascript (JS). Cuba anda lihat komen http://anarm.net/blog dibawah ini. Ia adalah komen didalam artikel saya yang bertajuk Meletakkan Twitter Fanbox Di Sidebar.
Disebabkan beliau mengatakan agar host fail javascript tersebut dalam server sendiri, maka hari ini sebenarnya saya telah pun muatnaik semua javascript-javascript yang saya gunakan dalam laman web saya ini didalam server saya seperti javascript twitter dan juga javascript nuffnang.
Setelah memuatnaik kesemua javascript yang ada terutama sekali javascript nuffnang, saya berpendapat bahawa laman web saya ini lebih laju. Huhuhu. Mungkin ilusi saya sendiri kot. Apa-apapun terima kasih kepada semua yang banyak mengajar saya. Selain itu, jika anda berpendapat bahawa laman web BLOG-AYIE.COM saya ini masih lagi perlahan, katakan sahaja ya.