Premium Ads
-
Recent Posts
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca-pembaca BLOG-AYIE[dot]com sekalian. Tutorial yang saya ingin berkongsi dengan anda ini mungkin berguna untuk blogspot anda itu. Tetapi entri yang saya buat ini, pendek sahaja ya
Sebab saya nak bermain mercun =)).
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca-pembaca BLOG-AYIE[dot]com sekalian. Semakin hari semakin bertambah-tambah entri yang ada didalam blog saya ini. Tetapi tiada pula entri yang telah saya draft kan
Saja je perli @AnarmNet
Entri saya pada kali ini adalah mengenai backlink yang telah saya pelajari daripada pelbagai web yang telah saya cari di web google.
Backlink adalah gabungan 2 perkataan yang telah digabungkan iaitu back+link. Ini bermaksud link yang telah diletakkan di dalam satu page yang berlainan domain. Untuk memahami bahasa falsafah saya ini,
cuba anda semua baca ayat saya ini berulang-ulang kali.
Mr Piratz telah meletakkan link blog saya ini didalam blognya tersebut. Maka link tersebut telah di halatujukan ke dalam blog saya ini. Jikalau Mr Piratz mahukan saya back+link blognya juga, maka saya akan letak link blog beliau juga didalam blog saya ini. Link blog beliau telah saya letak di bahagian Links & Banner.
Adakah anda memahami ayat saya di atas? Jikalau tidak, sila baca ia berulang-ulang kali. Jangan membaca setelah makan pil panadol+air coke ye
Perli untuk @lizarazak.
Adakah backlink ini penting? (Soalan daripada ProfHariz)
Untuk menjawab pertanyaan ProfHariz ini, maka saya akan gunakan bahasa yang agak mudah sahaja. Jadi anda pun dapat memahami ia dengan mudah jua. Backlink sangat penting dalam Search Engines Optimization (SEO). Ini kerana, sesetengah search engines seperti google, Bing mahupun yahoo akan memberikan kelebihan yang tinggi jikalau sesuatu blog itu mempunyai backlink yang banyak dalam blognya itu.
Semakin banyak backlink yang ada dalam blog kita ini, adakah ia akan mengubah apa-apa? (Soalan daripada Aidizz Azhari)
Ya. Semakin banyak backlink yang ada, blog anda itu akan sentiasa berubah-ubah. Ia akan berubah dari segi :
Oleh itu, dengan perkongsian saya ini serta menjawab ke semua soalan yang telah bermain didalam fikiran saya ini oleh rakan-rakan saya, kini semua soalan tersebut, telah saya jawab. Jikalau ada sebarang kesalahan mahupun kesilapan dari saya dalam entri ini, diharapkan sempena musim perayaan ini, anda dapat memaafkan saya zahir dan batin.
Sebelum saya lupa, jom kita cek beramai-ramai berapa banyak backlink yang telah anda ada. http://backlinkwatch.com/
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung-pengunjung BLOG-AYIE[DOT]COM sekalian.Entri saya pada kali ini adalah untuk berkongsi plugin-plugin yang boleh didapatkan serta dimuat turun oleh seorang fotografi. Ramai di antara rakan-rakan saya berkata-kata kepada saya, “bolehkah sebagai seorang fotografi menjadikan blog wordpress mereka seperti blog blogspot itu?” Salah seorang rakan saya yang bertanyakan soalan ini adalah rakan saya yang bernama Aidizz Azhari.
Blognya sekarang ini adalah blog yang menggunakan platform blogspot. Beliau berasa was-was untuk berpindah daripada blogspot ke wordpress jikalau wordpress tidak mampu jadi seperti blog beliau yang asal. =)):X . Kini, saya berharap beliau tidak ada lagi rasa was-was tersebut, kerana saya telah jumpa plugin-plugin yang boleh digunakan didalam wordpressnya itu di masa akan datang
Demo | Download here
Demo | Download here
Demo | Download here
Demo | Download here
Demo | Download here
Demo | Download here
Demo | Download here
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca-pembaca BLOG-AYIE[DOT]COM sekalian. Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua, bagaimanakah menjadikan blog anda itu lebih kemas dan teratur jikalau anda ada menyediakan satu page untuk Links & banner seperti yang ada didalam blog saya ini.
Untuk pengetahuan anda semua, entri kali ini telah diminta oleh seorang blogger Malaysia kita iaitu Mrs Jamal.
Untuk menyusun banner-banner tersebut agar ia menjadi lebih kemas dan teratur, apa kata anda fikirkan code html yang saya gunakan ini. Inilah coding yang saya gunakan untuk menyusun banner-banner tersebut
Banner pertama di baris pertama
Banner kedua di baris pertama
banner ketiga baris pertama
banner keempat baris pertama
Untuk meletakkan banner-banner di baris kedua pula, sila ulang code di atas.
Kemudian untuk menjadikan link-link yang ada didalam wordpress anda itu lebih kemas contohnya di bahagian Links & banner, saya telah menggunakan satu plugin iaitu WP-Table Reloaded. Anda boleh mendapatkan plugin tersebut disini.
Sebenarnya, kalau anda tidak mahu gunakan plugin tersebut pun tidak mengapa. Anda boleh gunakan coding di atas itu untuk menyusun kesemua link-link anda itu. Tetapi ia akan menjadikan page di blog anda itu akan lebih panjang ke bawah =))