Medic & Beauty | BLOG-AYIE

Category Archives: Medic & Beauty

[Info]-Penyakit Sifilis

Sifilis merupakan salah satu penyakit kelamin yang terkenal. Penyakit ini serius dan boleh membunuh atau mengakibatkan pengidap-pengidapnya menjadi gila dan buta. Bagi kanak-kanak yang lahir dari ibu yang mempunyai penyakit ini, mereka akan mengalami kecacatan otak dan lain-lain kecacatan.

Penyakit sifilis merupakan salah satu penyakit menular seksual (PMS) yang banyak terjadi pada seseorang yang sering berganti-ganti pasangan mereka.

Sifilis atau yang disebut dengan ‘raja singa’ disebabkan oleh sejenis bakteria yang bernama treponema pallidum. Bakteria yang berasal dari keluarga spirochaetaceae ini, memiliki ukuran yang sangat kecil dan dapat hidup hampir di seluruh tubuh badan.

Untuk pengetahuan anda, penyakit sifilis merebak dalam tiga peringkat. Anda boleh dapatkan maklumat tentang peringkat penyakit sifilis ini, disini

Hari ini, penyakit kelamin ini sering kali merebak dari seseorang kepada orang lain dengan senang tanpa kita sedari. Oleh itu, bagaimanakah cara-cara untuk kita mencegah penyakit ini daripada terkena kepada diri kita?

Cara yang paling baik untuk mencegah dan mengelakkan penyakit ini ialah dengan menjauhkan diri atau mengelakkan terus melakukan hubungan seks dengan pengidap-pengidap penyakit ini. Mereka yang kerap mengadakan hubungan seks dengan berbagai-bagai pasangan kemungkinan akan mudah dijangkiti kuman VD dari mereka yang melakukan hubungan seks dengan pasangan yang tetap satu. Jika hubungan seks mempunyai risiko yang tinggi, maka hendaklah si lelaki menggunakan kondom. Ini mungkin akan mengurangkan risiko tersebut. Antibiotik tidak memberi kesan bagi mengawal atau mencegah jangkitan kuman penyakit kelamin.

Incoming search terms:

[Bebelan]-Adakah benar lelaki melayu gila seks?

Apabila seseorang lelaki dewasa menyebut tentang seks, sudah pasti semua orang mengetahui tentangnya. Tidak kiralah seks dengan apa-apa sekalipun. Yang penting, apabila seseorang lelaki dewasa itu membuat seks dengan seseorang wanita, wanita tersebut mampu melahirkan seorang bayi jika air mani orang lelaki tersebut memasuki faraj dan bersenyawa dengan ovum wanita tersebut.

Hari ini, kisah yang saya ingin bebelkan kepada anda semua adalah seperti tajuk di atas yang sering terjadi di Malaysia . Mengapakah kes-kes rogol ataupun kes sumbang mahram itu sering terjadi di Malaysia? Adakah kaum lelaki di Malaysia ini merupakan kaum yang gilakan seks? Sebut sahaja tentang seks, pada saya, kaum yang menjadi majoriti dalam kes seks ini adalah kaum Melayu. Jadi, marilah kita bincangkan hal ini bersama-sama.

Seks sebagai satu fenomena semulajadi merupakan satu tajuk bualan yang memberi keseronokkan mengkhayalkan. Oleh itu manusia normal pasti ingin mengetahui dan bercincang mengenai seks. Ini merupakan sebahagian dari sebab-sebab yang mempengaruhi jiwa manusia. Terdapat juga setengah lelaki melayu yang mempunyai fikiran sehala iaitu asyik memikirkan tentang seks. Sudah pasti hidup mereka adalah suatu kehidupan yang bosan kerana asyik-asyik memikirkan tentang seks sahaja.

lelaki melayu gila seks

Daya imaginasinya terlalu terhad. Pengetahuan seksnya terlalu cetek. Mereka hanya tahu bercerita tentang pengalaman seks mereka dan kadang-kadang mungkin indah khabar dari perbuatan. Bagi mereka, tujuan hidup ini hanya mengadakan hubungan seks sahaja. Golongan lelaki seperti ini adalah mementingkan diri sendiri dan fikiran masih belum matang lagi.

Lain-lain sebab ialah berkaitan dengan suasana. Kita dikelilingi oleh publisiti-publisiti mengenai seks oleh media massa. Seks telah dieksploitasikan oleh media massa dan lain-lain media cetak. Lihat sahaja pada iklan-iklan. Terdapat iklan-iklan yang berunsur seks. Begitu juga dengan panggung wayang yang dibanjiri dengan filem-filem yang bercorak lucah.

Oleh itu keseluruhan generasi muda dewasa dengan pengetahuan yang tidak mendatangkan faedah. Penerimaan pengetahuan seks disalurkan dengan cara yang salah. Bila mereka bercerita tentang seks, mereka terasa diri mereka sudah dewasa dan matang. Kebebasan sesuatu yang dicari manusia, tetapi yang menakutkan ialah kebebasan membuatkan manusia terbabas. Bebas daripada ikatan agama, menjadi seperti haiwan tiada sebarang kawalan, membujur lalu melintang patah.

Incoming search terms:

[Kesihatan]Mengenai Kulit

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung-pengunjung BLOG-AYIE[dot]com sekalian. Sesuatu lapisan yang dapat melindungi seseorang manusia daripada pelbagai penyakit adalah kulit. Tanpa kulit yang sihat dan mencukupi, seseorang manusia itu tidak akan sihat.

Apabila berasa panas sahaja, sudah pasti anda akan membuka penyaman udara supaya anda tidak akan berpeluh lagi. Untuk pengetahuan anda semua, dengan menggunakan penyaman udara anda mampu menjejaskan kesihatan kulit anda. Kulit anda akan cepat kering dan cepat tua (mempercepatkan proses penuaan).

Semakin tua kulit anda itu, semakin tidak baik dan sihat. Anda akan mudah terdedah terhadap sinaran ultra ungu (UV).Bagaimanakah anda menjaga kesihatan kulit anda itu daripada cepat  berlakunya proses penuaan ini? Adakah anda pernah menggunakan Minyak Badan Bayi Johnson`s

Minyak badan bayi Johnson`ss

Kelebihan minyak badan bayi Johnson`s:

  • Membersihkan kulit kepala
  • Mengurangkan geseran kulit
  • Menanggalkan mekap solekan di mata dan di bibir
  • Melembabkan kulit

Sumber : Akhbar Harian Metro 24/9/2010

Incoming search terms: