
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung-pengunjung setia mahupun yang pertama kali melawat salah sebuah laman web di bawah naungan Ayie Media Network : BLOG-AYIE.COM. Terima kasih yang tidak terhingga dari saya buat anda semua ya.
Sudah sekian lama saya tidak membuat entri seperti kehidupan remaja lelaki dan perempuan di Malaysia ini. Hari ini, setelah saya mendengar iklan di radio Warna FM 94.2, tentang kehidupan remaja, saya ingin mengulas sedikit.
Saya merupakan seorang admin di laman web ini dan merupakan seorang remaja lelaki yang berumur 23 tahun. Lahir pada 30 Julai 1989. 2 hari yang lepas, saya telah pun menyambut hari kelahiran saya yang 23 tersebut. Pelbagai masalah remaja pihak kerajaan, ibu bapa, sekolah ataupun apa-apa jua yang melibatkan remaja terpaksa mereka hadapi. Contoh masalah remaja yang boleh saya katakan di sini adalah seperti masalah pembuangan bayi.
Mengapakah masalah pembuangan bayi ini sering kita lihat dan dengar di kaca televisyen, radio mahupun di dada-dada akhbar ?
Apabila lelaki dan perempuan berdua-duaan akan ada pihak ketiga iaitu syaitan yang cuba menghasut mereka untuk membuat maksiat. Dalam Agama Islam,seorang lelaki dan seorang perempuan di haramkan berpegang-pegang antara satu sama lain jika tiada apa-apa perhubungan yang sah di sisi agama. Jika ia terjadi, ini boleh mendatangkan gejala ini.
Apabila lelaki dan perempuan sudah melakukan penzinaan, contohnya pihak lelaki tidak mahu bertanggungjawab atas kejadian penzinaan tersebut, maka pihak perempuan akan kebuntuaan idea. Maka dia akan gugurkan kandungan ataupun membuang bayi mereka secara tidak berperikemanusian.
Oleh itu, kita sebagai masyarakat, ibu bapa ataupun apa-apa jua kita sekalipun WAJIB, menyelami jiwa remaja . Jika mereka ada masalah, cuba selesaikan masalah tersebut dengan menggunakan akal fikiran yang telah dianugerahkan kepada kita semua.

