Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung-pen
gunjung BLOG-AYIE.COM sekalian. Berdasarkan gambar yang anda lihat di sebelah kiri ini, inilah paparan laman web blog saya ini. Setelah sekian lama saya menggunakan tema blog yang dahulu, (oops lupa pulak nak amik gambar tadi), kini tibalah masa saya menukar wajah blog saya ini pula.
Blog-blog lain seperti :
Inilah ketiga-tiga laman web blog yang boleh saya senaraikan sahaja. Sebenarnya banyak lagi yang telah menukar rupa wajah blog mereka. Tetapi, kalau saya nak senaraikan kesemuanya di sini, munkin tidak muat. Apa-apapun, adakah anda sudah lihat wajah-wajah blog mereka?
Mengapa saya pertekankan bahawa PAPARAN BLOG ITU PENTING !!! ?
Blog merupakan suatu medium untuk berkongsi apa-apa informasi dan maklumat kepada semua pengunjung-pengunjung blog tersebut. Untuk menjadikan pengunjung blog anda minat untuk membaca, sebagai tuan empunya blog, kita kenalah memastikan blog kita itu kemas dan senang untuk di baca.
JANGAN GUNAKAN INI DI BLOG ANDA :
- Meletakkan muzik / radio
- Menggunakan paparan wajah blog yang agak gelap
- Menggunakan tulisan berwarna warni di 1 entri blog
- Terlalu banyak widget
Meletakkan muzik / radio :
Mengapa saya katakan jangan letak muzik atau radio ? Cuba anda bayangkan, anda membaca di tempat yang agak bising. Adakah pembacaan anda tersebut tenang ? Adakah semua muzik itu dapat di terima oleh semua pihak ?
Menggunakan paparan wajah blog yang gelap :
Kalau anda membaca dalam keadaan gelap, selesa ke ? Kalau anda perhatikan blog-blog yang saya katakan di atas tadi, semua paparan mereka berwarna putih sahaja bukan ?
Tulisan berwarna warni :
Saya kalau pergi ke funfair, banyak lampu-lampu yang terang-terang, berwarna warni pun pening juga
. Janganlah gunakan banyak warna di dalam penulisan entri blog anda. Gunakan 2-3 warna dalam 1 entri itu sudah cukup.
Terlalu banyak widget :
Jika anda baca entri-entri saya sebelum ini, saya banyak kali pertekankan bahawa jangan gunakan terlalu banyak widget / plugin. Anda pengguna UNIFI ? Anda buka sesebuah laman web yang banyak widget / plugin, anda katakan laju. Tetapi, adakah anda memikirkan orang yang menggunakan broadband ?


9 Comments
salam Ayie, terima kasih atas backlink tu ye. macam saya, kalau saya bosan untuk menulis.. maka saya akan buat themes baru. lepas pakai themes baru… macam dapat semangat baru meresap untuk meneruskan tradisi menulis.
kerap kalau terputus idea, saya akan mula hasilkan themes baru sebagai penyuntik semangat untuk terus berblog. hehehe..
Azman Ishak Entri terkini..Fotografi : Brenizer Method – Wide Angle with shallow DOF
ohh kalau saya pula, saya bosan akan main games on9 iaitu blackshot . lau x pun saya akan cuba belajar ttg bahasa komputer iaitu vb 6
1. Blog yg suka letak muzik/lagu mmg aku tak masuk. Baik aku pasang radio lagi best lagu2 yg diorang play.
2. Blog berkonsep photography sesuai guna theme gelap. Dari apa yang aku tengok, gambar2 akan nampak lebih menyerlah.
3. Teks/tulisan berwarna-warni aku rasa macam tengah baca blog milik seorang BADUT SARKAS!
4. Blog WordPress takde masalah sangat sebab ada plugin yang fungsinya untuk simpan cache membolehkan loading blog jadi lebih laju (tambah2 guna Cloudflare lagi ok). Tapi apa yang aku nampak blog2 yang guna widget banyak ni biasanya Blogspot user. (Pendapat aku je ni. jgn marah aaa
)
Aku dah lama x tukar theme blog. Theme blog aku dari mula2 start blogging dulu baru 2 kali rasanya aku tukar. Bertahun2 guna sampai sekarang tak tukar2. Ada masa nanti baru tukar. Tapi malas jugak sebenarnya nak edit2 theme. Lagi satu kalo kerap sgt tukar theme blog tak elok juga.
Anarm Entri terkini..Tukar skin AIMP3 Audio Player – #WW 18
1 ) Kadang-kadang, dorang hide player music dorang tu.. memang aku terus pangkah.
2) Memang benar blog yang berkonsepkan photograpy, seeloknya gelap. Sebab gambar-gambar akan lagi cantik.
3) Lagi terbaik ayat ko ni..
4) Memang benar. Di sebabkan itulah ramai pelanggan-pelanggan aku, aku nasihatkan mereka terus je guna hosting sendiri. Pelbagai benda dapat kita buat sendiri. Hosting down, kita terus contact dengan pihak server hosting. Kelajuan blog semua kita boleh kawal sendiri. Sub domain pun kita boleh buat pelbagai. Blogspot ini terlalu banyak dah. Jadi, kadang-kadang aku yang gunakan streamyx ni perlahan sangat nak bukak blog dorang, aku terus pangkah je. Lainlah kalau ada benda yang betul2 aku nak tengok
5) Tukar theme banyak-banyak kali tak elok ? Boleh terangkan apa masalahnya nanti ?
Hi, congratulations that you finally made a good look for your site and it looks simple but beautiful.
Marnie Byod Entri terkini..view real estate blog
Dah lama tak tukar theme blog..
zool Entri terkini..Nazmi Faiz tandatangani kontrak dengan Beira Mar
Sejak aku dah lama tak tengok blog kau, aku rasa ini pun dah tukar theme blog ko kan
Walaikum Asalaam…. I am pleased to have come across this….. New to this topic…
Nancy Entri terkini..Xbox 360 HDMI Cable: The Capabilities
good idea bro
DjayEzat Entri terkini..Cara-cara untuk meletakan button share dalam blog