Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua para pembaca BLOG-AYIE.COM saya ini diucapkan. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada anda semua kerana sudi berkunjung ke blog saya ini. Saya sebagai admin blog ini, mengakui bahawa laman ini sebenarnya kurang entri sejak akhir-akhir ini. Sebenarnya, saya sekarang ini sudah pun bekerja di Mister Computer Bangi Selangor.
Tanpa membuang lebih banyak masa, saya ingin menyampaikan suatu berita baik kepada semua pelajar sekolah ataupun universiti di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, Mister Computer Centre membuka peluang kepada semua pelajar untuk menjadi ejen mereka. Dengan menjadi ejen kepada syarikat ini, anda sebagai seorang pelajar mampu meraih pendapat yang untung daripada pihak kami.
Kerja bagi seorang ejen kami begitu mudah sahaja. Tetapi meraih pendapatan yang lumayan. Kerja yang saya dapat berikan contoh kepada anda semua adalah seperti ini :
Rakan anda : Siti, kau tahu tak mana-mana kedai komputer yang ada dekat sini? Laptop aku tu tiba-tiba paparan skrin dia gelap.
Anda : Aku rasakan skrin kau tu rosaklah. Tapi tak pe. Aku ada orang yang boleh betulkan laptop kau ni. Kejap lagi kau bagi aku laptop tu, aku bagi kat dia. Biasanya kalau masalah skrin ni, diorang cakap kat aku kemungkinan ada 2 sebab. Satu masalah papan muka (motherboard) dan satu lagi masalah skrin. Pasal harga tu, kau tak perlu risaulah. Nanti aku bincang jugak dengan dorang.
Rakan anda : Bukan apa Siti, aku nak buat assignment nanti susahlah kalau tak de laptop. Takkan nak pinjam kau je. Ok, kejap lagi aku bagi kau.
Berdasarkan perbualan di atas, kerja ejen yang saya maksudkan ini adalah anda hanyalah menjadi orang tengah kepada kami sahaja. Tidak susah bukan?
Mister Computer Center,
No 8, Jalan Seri Putra 3/11,
Bandar Seri Putra,
43000 Selangor.
Pejabat : 03 – 8922 3824
Dibuka setiap hari kecuali hari JUMAAT sahaja. Jam 10.00 pagi – 10.00 malam


