Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pelawat-pelawat BLOG-AYIE.COM saya ini di ucapkan. Sejak topik terakhir yang telah saya tuliskan berkenaan Windows 7, saya telah melayari dunia sosial camfrog . Pelbagai perkara yang ingin saya kongsikan kepada anda semua.
“Kita tidak mampu mengubah diri seseorang itu untuk menjadi seperti diri kita.”
Sebagai salah seorang remaja yang ingin mengenali dunia, saya sedih melihat rakan-rakan saya yang lain mempermainkan tentang sejarah Malaysia. Kalau warga asing mempermainkan tentang sejarah negara kita ini, mahu dibunuh, maki-maki hamun dan lain-lain. Tetapi anak Malaysia sendiri mempermainkan sejarah negaranya sendiri, boleh kita bersorak-sorak dan gelak ketawa.
Matapelajaran Sejarah yang telah diajarkan kepada kita semua sejak sekolah rendah dan sekolah menengah, kita ambil tidak peduli sahaja. Alasannya matapelajaran tersebut membosankan. Inikah anak Malaysia?
Kalaulah sejarah tentang keluarga kita, kita pun tidak tahu, bukankah ini suatu perkara yang menyedihkan?
Saya sebenarnya berasa terkilan dan sungguh sedih terhadap segelintir remaja yang sanggup memperkecilkan dan mempermainkan tentang sejarah negara kita ini. Kita sebagai seorang remaja, patulah mengetahui tentangnya kerana kita adalah generasi yang akan membangunkan negara ini sendiri pada masa akan datang. Kalau tidak tahu sejarah, bagaimanakah pembangunan negara itu akan berjaya? Fikir-fikirkanlah



4 Comments
sedih melihat pewaris2 negara yang mempermainkan sejarah negara sendiri. sedarlah dari sekarang sebelum negara kita dijajah semula. fuh~
kopisoda Entri terkini..penat
Itulah perasaan yang saya alami juga. Walauapa-apapun, saya berharap agar negara kita dapat mengamalkan Sistem Pemerintahan Beraja kerana ia adalah yang terbaik. Insyaallah.
tapi kalau sejarah sekarang orang nak manipulate mcm mana pulak ye generasi akan datang tuh..hmmm
syahrilhafiz Entri terkini..Infografik : 15 Perkara Yang Kita Tidak Tahu Tentang Angkasa Lepas
Di sebabkan itulah kita kena cari dan kaji sejarah yang lama.