Larangan Mempersendakan Agama

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

Jauhilah diri daripada orang yang menjadikan agama sebagai permainan dan hiburan. Mereka pula telah terpedaya dengan kehidupan dunia dan peringatkanlah mereka dengan Al-Quran supaya mereka tidak terjerumus ke neraka di akhirat disebabkan perbuatan mereka yang keji dan buruk. Tidak ada pelindung dan pemberi syafaat kecuali Allah. Sekiranya mereka hendak membebaskan dirinya dengan segala jenis penebusan, semuanya tidak diterima lagi. Mereka ini adalah golongan yang dijerumuskan ke dalam neraka dengan sebab usaha mereka. Mereka diberi minuman dengan air panas yang menggelegak dan ditimpakan azab disebabkan mereka kufur.

persendakan agama islam

Assalamualaikum kepada semua pengunjung-pengunjung BLOG-AYIE.COM saya ini. Syukur ke hadrat illahi kerana sehingga kini blog ini masih kekal berkongsi pelbagai ilmu pengetahuan kepada anda semua.

Perbincangan kita pada kali ini adalah berkaitan dengan salah sebuah tajuk didalam Agama Islam iaitu tilawah ayat kefahaman tingkatan empat yang bertajuk Larangan Mempersendakan Agama, daripada Surah al-An`am ayat 70. Berdasarkan Surah al-An`am ayat 70 di bawah ini adalah soalan-soalan serta jawapan yang tepat untuk pelajar-pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sebelum itu, perkara utama yang perlu diketahui untuk Surah al-An`am ayat 70 ini adalah :

Golongan.          Penerangan.

Musyrikin              Kaum yang menyekutukan Allah dan penentang kuat ajaran Tauhid.

Munafiq                  Orang yang menyembunyikan kekufuran dan menzahirkan keislaman.

Murtad                    Orang yang keluar daripada agama islam.

`Asi                          Orang Islam yang melanggar perintah Allah S.W.T tetapi tidak mengingkarinya.

Contoh soalan dan jawapan 1 :

Apakah maksud mempersendakan agama ?

Mempersendakan agama ialah semua perbuatan sama ada lisan atau perlakuan yang boleh merendahkan imej agama Islam.

Contoh soalan dan jawapan 2 :

Jelaskan dua contoh mempersendakan agama islam

Dua contoh mempersendakan agama Islam ialah :

  1. Menghina ulama.
  2. Menghina orang bertaqwa.
  3. Enggan mengerjakan solat.
  4. Enggan mengeluarkan zakat.
  5. Memperkecilkan tuntutan agama.
  6. Bangga apabila melakukan larangan Allah S.W.T.
  7. Menyanjung kezaliman atau perbuatan maksiat.

Contoh soalan dan jawapan 3 :

Sebagai seorang pelajar, cadangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menjamin kegemilangan umat islam.

Langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjamin kegemilangan umat islam ialah menguasai ilmu dalam pelbagai bidang, membina jati diri dengan sifat-sifat mahmudah dan bersatu padu memperteguhkan ekonomi negara.

Contoh soalan dan jawapan 4 :

Terangkan tindakan yang perlu dilakukan sekiranya rakan anda suka kepada hiburan yang melalaikan.

Tindakan-tindakan yang perlu dilakukan ialah :

  1. Menasihatinya.
  2. Melaporkan kepada guru.
  3. Maklumkan kepada ibu bapa mereka.
  4. Menghalangnya daripada melakukan perbuatan tersebut.

Berdasarkan kepada contoh-contoh soalan serta jawapan yang telah di taip semula, saya selaku admin blog ini berharap agar semua pelajar-pelajar dapat memahami topik ini. Untuk mengetahui Jadual Waktu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 iaitu pada 14 November – 14 Disember 2011, anda bolehlah melihat di topik sebelum ini.

Incoming search terms:

advertisement

2 Comments

  • Syam
    5 Sep 2011 | Permalink | Reply

    ..Memperkecilkan tuntutan agama…

    Izinkan saya menegur. Menutup aurat juga tuntutan agama. Sekiranya blog ini milik seorang perempuan Muslim pasti tahu tuntutan2 agama. Tidak melakukannya dengan pelbagai alasan adalah dikira mempersendakan agama.

    Fikir2kan. Pastikan apa yang disampaikan selaras dgn apa yang dilakukan.

    • Ayie
      6 Sep 2011 | Permalink | Reply

      Memang benar apa yang di katakan oleh saudara itu. Tetapi admin BLOG-AYIE.COM ini adalah seorang lelaki.

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

CommentLuv badge