Seperti artikel-artikel saya yang lepas tentang Camfrog, sejak saya buat artikel tersebut untuk dikongsikan kepada anda semua, hari ini pelbagai pertanyaan telah di ajukan kepada saya. Ada dalam kalangan mereka meminta tolong saya “setting” laptop mereka agar dapat menjadi seorang DJ didalam aplikasi tersebut.Tetapi ada juga bertanya bagaimanakah menjadikan laptop mereka itu berjalan dengan lancar dan laju.
Untuk memulakan artikel ini, saya akan berikan satu contoh buat anda. Hari ini, saya buka laman web Facebook.com/johor89 untuk bermain permainan Poker. Selepas itu, saya buka laman web BLOG-AYIE.COM saya ini dan laman web MISTERCOMP.COM dan bermacam-macam lagi web yang saya buka.
Semakin banyak web anda buka, semakin lambat browser internet anda itu kerana pelbagai COOKIE telah disimpan didalam browser tersebut.
Bagaimanakah menggunakan aplikasi CCleaner ini ?
1. Setelah anda memuat turun (download) aplikasi tersebut, sila “install” dan jalankan (RUN) di dalam komputer anda.
2. Sila tandakan semua bahagian yang tidak bertanda seperti gambar di bawah ini. Iaitu di bahagian Windows & Applications.
3. Di bahagian Options > Settings anda bolehlah pilih apa-apa pilihan yang ada disitu. Tetapi saya tidak klik apa-apa di bahagian Settings ini kecuali untuk
Secure Deletion >>>> Saya memilih “Normal File Deletion“
Wipe Free Space Driver >>>> Saya klik semua driver yang ada.
4. Klik semula di logo bergambarkan penyapu tersebut, kemudian klik Run CCleaner. Selepas itu, sila klik di bahagian Registry kemudian pastikan semua kotak bertanda. Klik Scan For Issue dan akhir sekali klik Fix Selected Issue. Lakukan proses ini beberapa kali. Kebiasaannya saya akan buat 2-3 kali agar ia benar-benar kosong.
Muat turun CCleaner Versi Terkini 3.0.8






2 Comments
Thanks!!! selama ni sy just tahu run cleaner je…skrg space hardisk sy dh bertambah =)
Memang ada pasang pada laptop kegunaan dipejabat. Senang gunanya
akubiomed Entri terkini..Lamborghini Murcielago LP640 Koning