Adakah anda semua mengetahui apakah kepentingan dan kegunaan Javascript didalam sesebuah laman web itu? Di bawah ini adalah jawapan kepada soalan yang saya nyatakan tadi yang telah saya petik daripada laman web W3Schools.
JavaScript is THE scripting language of the Web. JavaScript is used in billions of Web pages to add functionality, validate forms, communicate with the server, and much more. JavaScript is easy to learn. You will enjoy it.
Ramai pengguna-pengguna laman web WordPress telah buat tutorial didalam laman web mereka bagaimanakah untuk menggabungkan Javascript yang digunakan untuk sesebuah web itu. Contoh tutorial yang dapat saya nyatakan disini adalah seperti di laman web Zaryl.com dan juga Rakaz.nl. Kedua-dua tutorial yang telah dinyatakan di laman web mereka ini sebenarnya saya tidak faham pada mulanya. Tetapi setelah dapat keterangan yang lebih jelas daripada rakan saya di Camfrog, hari ini saya berpuas hati kerana dapat gabungkan fail javascript tersebut.
Contoh Javascript :
- <script src=”http://blog-ayie.com/xxx/f1.js” type=”text/javascript”></script>
- <script src=”http://blog-ayie.com/xxx/f2.js” type=”text/javascript”></script>
- <script src=”http://blog-ayie.com/xxx/f3.js” type=”text/javascript”></script>
- <script src=”http://blog-ayie.com/xxx/f4.js” type=”text/javascript”></script>
Langkah 1 :
Salin alamat web (URL) javascript satu persatu di atas ini, kemudian buka tab baru di browser internet anda untuk melihat kod yang digunakan untuk script tersebut.
Langkah 2 :
Tampal (PASTE) script yang anda dapatkan daripada fail-fail javascript ini ke notepad++. Jika tiada aplikasi tersebut, anda bolehlah gunakan aplikasi notepad yang ada didalam windows anda itu sahaja.
Langkah 3 :
Merujuk kepada contoh Javascript yang saya nyatakan di atas, ia ada 4 jenis javascript. Setelah anda tampal (PASTE) semua script yang digunakan ke dalam 1 fail javascript sahaja, sila simpan (SAVE AS) fail tersebut dengan menggunakan nama fail di akhiri dengan format .JS
Langkah 4 :
Muat naik (UPLOAD) script baru anda itu ke hosting anda. Buang 4 script yang anda gunakan sebelum ini dan gantikan dengan script terbaru anda.
Tutorial ini saya rasakan pasti ada dalam kalangan anda semua tidak dapat fahaminya. Nyatakan sahaja masalah tersebut di bahagian komen di bawah ini jika mempunyai masalah ataupun kurang faham. Saya akan menolong anda.



3 Comments
ni gambo awek mana ko pakai ni?
saya ingin belajar buat form guna visual basic, ada sesiapa yg boleh tolong ajarkan, saya dah cuba tetapi sangkut apabila ada list yg banyak. Sebenarnya saya sedang menyiapkan project paper IT untuk FINAL degree IT di OUM.
Sekiranya ada, tolong beritahu saya secepat mungkin, dan lagi saya ingin download adobe photoshop utuk crop diagram pdf.
ooo cmni rupanya
best gak kalau layan javascript ni
wazy Entri terkini..Apa Yang Patut Dibuat Jika Kita Dibuang Kerja