Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung-pengunjung BLOG-AYIE.COM saya ini diucapkan. Hari ini saya berbesar hati kepada rakan-rakan saya di twitter.com kerana dapat membantu saya selama ini dalam mempelajari tentang dunia laman web ini (wordpress.org). Rakan-rakan yang saya maksudkan adalah :
- @azmanishak
- @anarmnet
- @eizil
- @piratz
- @mrkaymy
- @fzmy
- @einztrigger
- @fzreen
Jika ada rakan-rakan yang saya tidak sebutkan id twitter anda, maafkan saya sebab saya ini sebenarnya adalah seorang yang pelupa
.
Seperti apa yang anda ketahui selama ini, apabila kita telah terlibat dalam mendirikan sesebuah laman web itu, sudah pasti kita akan menceburkan diri kita dalam melihat dunia-dunia kod seperti PHP, CSS, HTML, dan juga Javascript (JS). Cuba anda lihat komen http://anarm.net/blog dibawah ini. Ia adalah komen didalam artikel saya yang bertajuk Meletakkan Twitter Fanbox Di Sidebar.
Disebabkan beliau mengatakan agar host fail javascript tersebut dalam server sendiri, maka hari ini sebenarnya saya telah pun muatnaik semua javascript-javascript yang saya gunakan dalam laman web saya ini didalam server saya seperti javascript twitter dan juga javascript nuffnang.
Setelah memuatnaik kesemua javascript yang ada terutama sekali javascript nuffnang, saya berpendapat bahawa laman web saya ini lebih laju. Huhuhu. Mungkin ilusi saya sendiri kot. Apa-apapun terima kasih kepada semua yang banyak mengajar saya. Selain itu, jika anda berpendapat bahawa laman web BLOG-AYIE.COM saya ini masih lagi perlahan, katakan sahaja ya.




One Comment
erk.. saya tak pandai… saya pon belajar dari orang. betul tak tipu.