Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan-rakan yang sudi membaca artikel saya ini berkenaan dengan dunia laman web WordPress. Setelah berminggu-minggu saya mencari jalan penyelesaian untuk masalah XML Parsing Error, hari ini saya berjaya juga menyelesaikan masalah yang saya hadapi selama ini.
Ramai rakan-rakan blog seperti anarm.net/blog, eizil.com, blog.mohdisa.com, azmanishak.com, dan lain-lain telah cuba menyelesaikan masalah ini.
Masalah yang saya cuba terangkan ini kepada anda semua adalah, apabila saya melihat source code wordpress saya ini, blog saya ini ada mempunyai kod html <center></center> sebelum <!DOCTYPE html PUBLIC..
Dengan adanya masalah ini, saya mendapati apabila saya ingin memberikan komen-komen didalam blog yang mempunyai plugin ComLuv, feed saya tidak dapat dikesan.
Jika anda mempunyai masalah seperti ini juga, apa yang anda perlu “download“ dan “install” didalam server anda itu adalah plugin Fix Rss Feeds.
Setelah anda “download” dan “install” didalam server anda itu, JANGAN aktifkan plugin tersebut dahulu. Sila ikuti langkah-langkah dibawah ini.
- “Unzip and upload it to /wp-content/plugins directory.”
- “Change the permission of your all .php files to “777? for time being.This will help the plugin to remove the blank lines from the files if the files are writable.”
- “Go to your dashboard and activate the plugin and follow the instructions to scan the files and to fix the blank lines.”
- “Once the process is over change the permission of all the .php files back to the original (“755?).”
Dengan tutorial ringkas ini saya berharap, kepada sesiapa yang mempunyai masalah seperti ini, dapat diselesaikan dengan segera. Apa-apapun saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Globinch terhadap tutorial yang telah beliau kongsikan didalam blognya itu.


10 Comments
Apa ke hal sebelum doctype ada tu..
Fazreen Entri terkini..Creative Calendar Designs
Aha tu la pasal. View source saja boleh nampak kod tu. Tapi kalau tengok dalam editor 1 persatu, tak jumpa pulak
Hi Ayie,
Thanks for your appreciation and happy to know that my post in Globinch.com has helped you to resolve the issue.
Good luck!
Binu George
Globinch.com
Globinch Entri terkini..Play Angry Birds Game Free and Offline in Chrome Browser
Your welcome bro. The issued has been solved
Terima kasih
kalau jumpa masalah macam ni boleh la rujuk kat blog ni
wazy Entri terkini..Pesan Roh Kepada Manusia
Maaf sebab tak sempat nak tolong ko sebelum ni, busy dengan pelbagai perkara, cuma kenapa perlu chmod file .php kepada 755 lepas dah selesai? Default sepatutnya 644, kalau folder jer baru guna 755 ni…
Eizil Entri terkini..Celoteh hari khamis
Xper bro. Aku punya folder plugin 755… Apa-apapun ko leh ke blog Globinch yang aku nyatakan di atas untuk sebarang pertanyaan.
betul tu.. utk php files chmod 644.. 755 hanya untuk folder.. tak jadi masalah ke kalau php file kita set 755?
Anarm Entri terkini..Aiskrim Milo Buatan Sendiri
terima kasih bro.
apa2 hal berkaitan problem camni di masa akan dtg, blh lah aku rujuk sini.
Moga bermanfaat pada rakan2 yg lain
Affan Entri terkini..Evolusi dan Perkembangan Blog di Malaysia
Sama-sama