Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini saya sungguh gembira kerana dapat menyelesaikan masalah yang saya hadapi selama ini iaitu WordPress XML Parsing Error. Oleh itu, dengan ini saya ingin berkongsi sebuah lagi tutorial dengan anda semua.
Seperti yang anda lihat gambar disebelah ini, widget ini sebenarnya ada 2 script yang saya masukkan.
1. Twitter Update list - Anda boleh dapatkan tutorial ini di Blog Mohd Isa.
2. Twitter Fanbox – Sila lihat tutorial dibawah ini untuk dimasukkan ke dalam blog anda.
Untuk pengetahuan anda semua, widget Twitter Fanbox yang telah saya masukkan didalam blog ini sebenarnya adalah untuk pengguna-pengguna Blogger.com. Tetapi setelah saya melihat kod yang digunakan, saya pasti ia mampu juga digunakan didalam wordpress tanpa pengubahsuaian.
Langkah 1 : Sila salin kod dibawah ini
<div>
<script type=”text/javascript” src=”http://s.moopz.com/fanbox_init.js”></script><div id=”twitterfanbox”>
<script type=”text/javascript”>fanbox_init(“twitteruser”);</script></div>
</div>
<style>
.FB_SERVER_IFRAME {
width: 290px !important; /* Ancho del gadget */
height: 250px !important; /* Alto del gadget */
}
</style>
Langkah 2 : Sila klik Appearance > Widgets.
Masukkan kod di atas ini dibahagian widget text sidebar anda. Tetapi diingatkan agar anda dapat menukarkan kod twitteruser di atas ini dengan username twitter anda. Insyaallah saya berharap tutorial ini tiada mendatangkan masalah untuk anda. Apa-apapun tutorial ini sebenarnya saya telah dapatkan daripada blog Fun Blogger.


11 Comments
skang ni aku letak widget simple2 ja..widget pun dah aku kurangkan sebab nak jaga berat blog. takut kalau lambat sangat load page tension pulak reader nanti nak tunggu load page. lagipun bukan semua orang guna high speed internet
Dayat Entri terkini..Dunia Dayat Domain Giveaway Kembali
Kalau aku buang semua widget seperti twitter, aduhai,,, blog aku ni mcm kosong sgt la pulak
menarik!
)
namaakulynn Entri terkini..konsert final AF depan masjid
Untuk pengguna-pengguna wordpress.org (self-hosted) mereka boleh memilih pelbagai plugin untuk digunakan didalam blog mereka. Tetapi semakin banyak plugin, loading blog tersebut akan perlahan.
Oleh itu, saya telah menggunakan script-script ini untuk digunakan didalam blog saya tanpa menggunakan plugin.
Apa-apapun, saya berharap suatu hari nanti dapat compress + merge javascript yang ada didalam blog saya ini.
bagus betul la ko ni. makin byk ko belajar hari demi hari
Fazreen Entri terkini..Friday Fresh Free Fonts 4
Aku cuba menjadi seperti kau. Banyak benda yang kau tahu
aku pakai twitter follow button je..
Anarm Entri terkini..Aiskrim Milo Buatan Sendiri
Yeah aku tahu sebab semalam aku cuba letakkan kod follow button kau tu dalam blog ini. Tetapi kalau sama, nanti apa pula ek orang kata. Huhuhu.
aku guna script yg mohdisa share kat blog dia.. follow button tu plak yg twitter memang dah sediakan..
Anarm Entri terkini..Aiskrim Milo Buatan Sendiri
Aku pun ambil script dpd blog mohdisa tu. Cuma fanbox je dpd Fun Blogger
Bila dah gunakan twitter dalam blog kita, lambat sikit ek loading
memang berat la kot.. tengok gambar byk tu, semua nak kene loading.. try ko host fail fanbox_init.js tu kat server sendiri.. takyah pkai server s.moopz.com tu.. save masuk dalam hosting ko..
Anarm Entri terkini..Aiskrim Milo Buatan Sendiri