Hak sebagai seorang isteri melawat ibu bapa tanpa keizinan suami

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung-pengunjung yang sudi melawat BLOG-AYIE.COM saya ini. Terima kasih saya ucapkan kepada anda semua. Hari ini sebenarnya saya ingin berbincang kepada anda semua tentang sebuah artikel yang sedang menjadi perbualan panas didalam emel saya iaitu Hak sebagai seorang isteri melawat ibu bapa tanpa keizinan suami“.

Sebelum saya ulas lebih lanjut, saya ingin mengatakan kepada anda semua bahawa saya ini sebenarnya belum bernikah lagi ya. Jikalau ada salah dan silap, jangan malu dan jangan takut. Katakan sahaja. Semua komen-komen anda saya tidak akan buang.

argue suami isteri Hak Isteri Melawat Ibu Bapa Tanpa Izin Suami

Ramai orang islam sendiri tidak tahu mengenai tentang hal ini. Tetapi hari ini artikel saya pada kali ini akan disertakan dengan sumber-sumbernya sekali.

  • Sumber daripada Utusan.com.my :

Peruntukan dalam feqh Prof Dr. Mahmud Ali al-Syarthawiy di dalam kitab Syrah Qanun al-Ahwal al-Syaksiyyah menegaskan harus si isteri ziarah ibu bapanya walaupun tidak mendapat izin suami seminggu sekali, sekiranya kedua ibu bapanya sakit harus baginya menziarahi mereka s

etiap hari kalau dia mahu.

Harus juga bagi si isteri menziarahi sanak saudaranya dalam sebulan sekali, namun ditegaskan oleh para ulama itu sekiranya suasana aman, sekiranya suasana tidak aman maka tidak harus bagi si isteri keluar tanpa izin suaminya, yang demikian ialah demi menjaga keselamatannya (hlm:162).

  • Sumber daripada kias.edu.my/nushus :

Mengenai keluar rumah kerana menziarahi dua ibu bapa walaupun tanpa izin tidak termasuk dalam perbuatan nusyuz mengikut setengah pandangan, malah mereka berpendapat isteri mempunyai hak menziarahi dua ibu bapa lebih kerap sekiranya dua ibu bapanya sakit dan tidak ada orang lain yang menjaganya. Ini tanpa mengira samada di izin atau tidak oleh suami kerana manusia dituntut oleh Islam membuat kebaikan sedaya yang mampu kepada dua ibu bapa ,samada sebelum atau selepas kahwin dan samada ibu bapa Islam atau tidak.

Hanafi hanya membolehkan isteri menziarahi dua ibu bapa tanpa izin sekirnya mereka sakit sahaja. Dengan lain perkataan menziarahi dua ibu bapa tanpa izin tidak termasuk dalam perbuatan nusyuz sekiranya mereka sakit.

Ada pandangan lain menyatakan makruh suami tidak mengizin isteri menziarahi dua ibu bapanya. Alasannya membuat kebaikan kepada dua ibu bapa dan menghubung tali silaturrahim adalah kewajipan yang dituntut oleh agama. Menghalang mereka menziarahi dua ibu bapa menyebabkan berlaku kerenggangan hubungan dan mendorong mereka melaku perbuatan derhaka. Sedangkan melaku kebaikan dan menghubung silaturrahim adalah satu tuntutan Syara'. Firman Allah, (al-Isra’ : 24), maksudnya, “Allah telah memfardukan kepada kamu supaya kamu jangan mengabdikan diri melainkan terhadapNya dan kepada dua ibu bapa hendaklah kamu melaku ihsan.”

Jikalau artikel saya ini salah, sila kemukan komen-komen anda dengan ilmu bukan dengan emosi ya. Sekian terima kasih

zp8497586rq
advertisement

3 Comments