Adakah Bahasa Melayu semakin dipinggirkan?

Bulan Mei didalam Kalendar 2011 sudah pun bermula pada hari semalam. Pada saat ini artikel yang saya cuba kongsikan ini kepada anda semua sebenarnya telah ditaip pada 2 Mei 2011. Kadang kala, setiap kali saya menaip sesebuah artikel itu didalam laman web ini iaitu BLOG-AYIE.COM, anda semua akan dapat melihat bahawa saya ada menaip tarikh artikel itu dibuat. Mengapa?

Untuk pengetahuan anda semua, sebab saya memaparkan tarikh artikel dalam sesebuah artikel itu adalah kerana ia dapat mengingatkan saya dan juga anda bahawa cepat sungguh masa itu berlalu. Peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa, “Masa Itu Emas“. Kejarilah masa itu kerana ia amat berharga pada setiap waktu.

Kementerian Pelajaran fokus usaha memperkasa Bahasa Melayu di Malaysia BLOG-AYIEKlik gambar di atas ini untuk paparan lebih jelas.

Sebut sahaja ayat “Dunia Tanpa Sempadan”,saya menganggap anda semua mengetahui apakah maksud disebalik ayat tersebut. Dunia semakin maju kerana terdapat pelbagai kemajuan yang dapat kita lihat, guna dan rasainya. Sejak saya menjinakkan diri didalam dunia laman web, pelbagai perkara saya dapat tahu dengan cepat. Maklumlah saya memang kurang gemar menonton televisyen.

Untuk mendapatkan pelbagai maklumat, insyaallah setiap hari saya akan melayari laman web sosial iaitu Twitter. Mengapa tidak pilih laman web Facebook? Permainan yang ada di laman web Facebook itu pada pendapat saya merugikan masa sahaja. Apa-apapun anda bolehlah membaca artikel di laman web rakan saya ini Mengapakah Twitter lebih baik daripada Facebook.

Setiap kali melayari laman web Facebook ataupun Twitter, sudah pasti saya akan melihat ramai dalam kalangan rakan saya menggunakan bahasa rempit untuk berintekrasi dengan rakan-rakan yang lain. Adakah anda memikirkan bahawa penggunaan Bahasa Melayu yang betul itu menyukarkan anda untuk berintekrasi dengan yang lain ataupun anda sebagai salah seorang berbangsa Melayu berasa malu menggunakan bahasa anda sendiri itu?

Saya berasa seperti seorang yang “skema” kerana cara saya menaip sesebuah artikel itu tidak sama dengan artikel-artikel di laman web yang lain.

Ini blog saya, jadi suka hatilah saya nak guna bahasa apa.

Berdasarkan pernyataan di atas ini, memang benar bahawa blog itu adalah hak milik persendirian anda. Tetapi ingatlah bahawa apa-apa jua kata-kata ataupun gambar yang telah dimuatnaik di Internet, satu dunia akan mengetahui tentangnya. Bahasa yang digunakan menunjukkan kepada dunia siapakah anda yang sebenarnya.

Untuk mengakhiri artikel ini, saya berharap kepada semua pengunjung-pengunjung yang membaca artikel ini dapat menjadikan Bahasa Melayu itu kekal sepanjang masa tanpa cacat cela.

Incoming search terms:

advertisement

6 Comments

  • 14 May 2011 | Permalink | Reply

    em susah gak nak cakap bab nie sebab ianya terlalu subjective…bahasa rojak pun tak semestinya kita tak sayang bahasa kan…emm no komen lah =). Semuanya ok. Pandangan masing2. Berbeza pendapat kan adalah satu hikmah =)

  • 8 May 2011 | Permalink | Reply

    Kalau ada peluang cuba menulis dengan tatabahasa yang betul. Tidak salahkan :-)

  • 2 May 2011 | Permalink | Reply

    1st..haha

    blog aku gune bahasa melayu baku..wlpun sbjek bm dulu2 mase sekolah agak membosankan..tp aku still suke kt cikgu yg mengajarnye..hihi

    • Ayie
      2 May 2011 | Permalink | Reply

      Aku pernah gunakan bahasa pasar, bahasa rempit, bahasa rojak dalam blog ni. Tapi penggunaan bahasa-bahasa tu semua tak kekal lama pun. Sebab aku dah biasa gunakan bahasa melayu baku.

      Ery Farieha dulu katakan pada aku dia benci masuk blog aku ni sebab bahasa yang aku gunakan skema sangat.

      Apa-apapun lantaklah. Asalkan aku dapat berblog dengan hati yang bahagia.

      Guna bahasa-bahasa selain bahasa melayu, akan menjadikan aku ni tak bahagia . Huhuhu

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

CommentLuv badge