Bercinta sahaja tanpa arah tujuan, rasa macam tak berguna jugalah. Sampai bila kita asyik nak bercinta sahaja dengan pasangan kita tu? Setiap minggu keluar tengok wayang, makan bersama-sama dan lain-lain. Silap-silap hari bulan bagi yang perempuan T___T pun tiada nanti.
Oleh itu, hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tips-tips agar teman lelaki anda cepat masuk meminang supaya dunia percintaan anda itu dapat jejak sehingga ke alam perkahwinan.
Sering kita terjumpa kes ini. Si girlfriend memang banyak kali dah terdetik dalam hati, “Bila la boyfriend kesayangan aku nak masuk meminang aku ni”.
Berikut merupakan tips-tips yang telah saya janjikan ya.
TIPS 1: Puji pasangan anda. Ringan-ringankan mulut anda untuk sentiasa memuji dan kagumi teman lelaki anda. Nytakan anda sukakan sifat-sifatnya dan dirinya. Katakan juga dialah pasangan anda yang terbaik dalam hidup serta buat diri anda yang boleh membimbing dan memberi kebahagiaan kepada anda.
TIPS 2: Beri sokongan 110% kepada kerjaya atau kerja yang diceburi oleh teman lelaki anda. Ini boleh menaikkan lagi semangat dirinya untuk cepat-cepat mendirikan rumahtangga bersama anda kerana dia tahu anda yakin dengan dirinya. Ingat, kejayaan pasangan anda adalah kejayaan buat diri anda juga. Anda harus bersedia berkongsi hidup dan dari segi kerjaya bersama. Sekurang-kurangnya nyatakan yang anda memang boleh terima kerjaya dia.
TIPS 3: Tunjukkan minat yang mendalam perkara -perkara tentang perkahwinan. Anda boleh bincangkan perkara berkaitan rumahtangga, beri pendapat dan sebagainya. Satu teknik yang mudah untuk anda lakukan ialah berkongsi artikel-artikel berkaitan perkahwinan yang anda baca di blog-blog (Blog KursusPerkahwinan contohnya) atau majalah-majalah berkaitan perkahwinan.
TIPS 4: Ambil berat tentang diri pasangan anda. Sayangilah dia sepenuh hati anda, rela berkorban apa sahaja dari segi masa, tenaga dan wang ringgit. Prihatin terhadap segala aspek diri pasangan anda. Jika anda lihat dia agak sedikit tidak bersemangat, naikkan motivasi diri dia.
TIPS 5: Cari peluang untuk menjemput teman lelaki ke rumah anda untuk bertemu dengan ahli keluarga anda. Jika keluarga anda ada membuat sebarang majlis keramaian seperti majlis hari jadi, kenduri-kendara, Mother’s Day atau Father’s Day dan sebagainya. Ini boleh menunjukkan yang anda semakin serius dan yakin untuk mendirikan rumahtangga. Selain itu, boleh lah anda merapatkan lagi hubungan teman lelaki anda bersama keluarga anda.
TIPS 6: Sekali-sekala berborak mengenai perancangan perkahwinan anda atau pelan jangka masa panjang anda dalam membina keluarga. Ini boleh membuatkan hatinya tersentuh dan akan menambahkan lagi minatnya ingin berumahtangga bersama anda.
TIPS 7: Tujukkan diri anda kepada teman lelaki anda yang anda memang benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan seterusnya sebagai seroang bakal ibu kelak. Pamerkan sifat-sifat diri anda yang penyayang, matang, bijak membuat keputusan serta boleh berdikari.


4 Comments
terbaiklah…ini idak…main nak kawen jerk…:P
Mohd Isa Entri terkini..Tips Untuk Tidak Menjadi Seorang Pelupa
Pengalaman bercinta tu banyak mengajar aku. Secara tidak langsung, bertambah-tambahlah pengalamanku ini
i will
Suruh Zelo cepat2 tau. Takut nnt i i kebas u pulak =)):))