Mengapa perlu bomohkan seseorang?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung-pengunjung BLOG-AYIE.COM sekalian. Sebenarnya sejak aku telah putus cinta dengan Ery Farieha iaitu gambar gadis yang anda semua boleh lihat di sidebar kanan aku tu, aku telah terima banyak nasihat daripada beberapa orang kawan rapat aku dan juga beberapa kawan yang aku baru kenal mereka didalam twitter.

Kebanyakan daripada mereka mengatakan jodoh itu adalah di tangan Allah S.W.T. Jadi, ia adalah suatu respons yang positif kepadaku agar aku dapat terima ia dengan positif. Tetapi ada juga kawan-kawan aku yang menyuruh aku supaya aku ni buat jahat kepada Ery Farieha iaitu dengan menggunakan bomoh agar Ery dapat sukakanku balik semula.

bomoh malaysia

Sepanjang aku hidup dalam masa 22 tahun ini, cinta aku dengan seseorang perempuan itu termasuk Ery Farieha adalah 2 kali sahaja. Cinta yang aku maksudkan ini adalah cinta yang begitu mendalam. Tetapi aku tidak akan merasa dendam kepada 2-2 orang perempuan ini kerana aku telah tetapkan didalam hati aku ini bahawa sebagai seorang manusia, aku hanyalah merancang sahaja. Selebihnya ia adalah ketentuan daripada Allah S.W.T.

Aku bukanlah seorang insan yang mulia dan baik pun. Sejahat-jahat aku, aku masih menetapan dalam hatiku ini bahawa hanya Allah yang layak aku sembah dan minta pertolongan daripadaNya.

Ramai rakan-rakanku sanggup meminta pertolongan dari bomoh sebab putus cinta, dan lain-lain. Semuanya menjadi. Tetapi aku rasakan kalaulah aku minta pertolongan daripada bomoh, aku tetap katakan ia tidaklah bahagia. Sebab cintaku itu bukanlah bertepuk kedua-dua belah tanganku ini.

Kalaulah satu hari nanti Ery Farieha pintu hatinya terbuka kepada orang lain, aku pasrah sahaja. Aku akan teruskan hidupku ini jua. Janganlah disebabkan cinta, aku akan buat perkara bodoh lagi didalam usia ini. Insyaallah.

advertisement

12 Comments

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

CommentLuv badge