Keputusan peperiksaan akhir tahun 2010 semester 5

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Maaf dipohon saya pinta disini kerana tidak dapat mengemaskini blog saya ini. Jikalau anda semua membaca entri blog saya yang lepas disini mungkin anda semua akan perasan bahawa saya telah berjanji dengan anda bahawa saya akan bercerita dan berkongsi dengan anda semua tentang keputusan peperiksaan akhir yang saya dapat untuk semester ini.

keputusan peperiksaan akhir Universiti Teknologi Malaysia 2011

Apabila seseorang remaja itu belajar dimana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta sudah pasti mereka semua ingin mendapatkan keputusan peperiksaan akhir yang terbaik supaya purata nilai gred keseluruhan nanti dapat dilihat dengan cemerlang.

Semasa proses pembelajaran di mana-mana universiti, sudah pasti kita akan mendengar bahawa ada sahaja rakan-rakan / anak-anak jiran kita terkandar ataupun terkeluar daripada universiti tersebut. Pada saya itu hanyalah perkara biasa sahaja. Kalau dah tak mampu belajar, tak apa. Jangan putus asa kerana rezeki setiap orang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Baiklah rakan-rakan sekalian.

Untuk pengetahuan anda semua, pada semester yang lepas, saya telah mendapat keputusan yang agak teruk untuk peperiksaan akhir di universiti saya. Kalau saya tidak menetapkan target pada semester ini, kemungkinan besar saya adalah salah seorang yang bakal terkandas / terkeluar daripada universiti saya tersebut.

Keputusan peperiksaan akhir saya yang lepas adalah :

  • Purata Nilai Gred (PNG) = 0.72
  • Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) = 1.9

Senang cakaplah, berdasarkan keputusan saya di atas ini, kalau bawah 2.5, itu bermaksud keputusan saya itu amat teruk. Aduhai. Ada salah seorang rakan saya bertanya kepada saya. ” Ayie, kau ni tak belajar ke? “

Sebenarnya saya bukanlah tidak belajar. Tetapi pada pendapat saya, saya ni banyak main kot. Selain itu, saya banyak mengambil sikap lewa terhadap sesuatu perkara. Saya berharap semester ini iaitu semester terakhir saya, (semester 6)  saya akan mendapat keputusan yang terbaik bagi menaikkan PNGK saya tersebut.

advertisement

8 Comments

One Trackback

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

CommentLuv badge