Mengapa perlu patah semangat?

Kenapa ya zaman sekarang ni, ramai sangat orang yang mudah patah semangat? Apa yang aku ingin sampaikan pada hari ini adalah apabila seseorang itu ingin berubah daripada melakukan kejahatan kepadal melakukan kebaikan. Apabila seseorang yang telah banyak melakukan kejahatan tu nak berubah jer, mesti ada orang lain sanggup mengejek diri dia. Mengapa? Nak ke si dia ni selalu buat jahat jer? Aduhai. Sedih beb aku tengok.

Aku ada ramai kawan-kawan yang menghisap dadah sebelum ini, sekarang semua daripada mereka sudah kembali ke pangkal jalan. Tetapi ada sahaja masyarakat luar yang tidak sanggup menerima mereka ini. Masyarakat telah menghina serta mencaci diri mereka ini.

Kalau cacian ini sentiasa berterusan sahaja, aku rasalah, sampai bila-bila tak ada orang sanggup berubah menjadi seorang yang baik kecuali semangat diri dia untuk berubah itu kuat.

Aku tak tahulah tentang bangsa-bangsa lain iaitu Cina dan India. Apa yang aku sering lihat, bangsa Melayu sanggup menjatuhkan anak bangsa dia disebabkan kejahatan anak bangsa dia yang lepas. Apa kejadah ini semua? Kenapa tak nak tolong bangsa sendiri? Kenapa tak nak berikan si pesalah ini semangat yang baru?

Ahhh korang fikirkanlah. Kalau ada apa-apa kata yang korang ingin luahkan ataupun apa-apa yang tidak puas hati dengan kata-kata aku ini, katakan sahaja. Aku terima seadanya.

advertisement

6 Comments

  • 12 Feb 2011 | Permalink | Reply

    Sudah menjadi lumrah selepas sekian lama di cop sampah masyarakat. Jadi masyarakat ambil masa untuk menerima walaupun cuba kembali ke pangkal jalan. Perkara macam ini bukan sahaja berlaku kepada masyarakat Melayu sahaja.

    Kebimbangan dan sikap skeptikal tetap ada walaupun bersih dari anasir-anasir negatif. Apa yang saya boleh cadangkan mereka ini menanggotai pertubuhan bekas-bekas penagih dan sumbang tenaga membantu penagih lain kembali je pangkal dari berkecil hati memikirkan masyarakat meminggir mereka.

    Saya bukan nak kata barat adalah contoh terbaik tapi ada perkara yang boleh dijadikan tauladan. Contoh seseorang itu mendapat penyakit yang jarang-jarang berlaku. Apa mereka buat mereka akan berusaha mencari mangsa lain yang mengalami nasib yang sama dengan berpersatuan dengan ini mereka akan berganding tenaga membuat penerangan, mendapatkan dana, membuat kajian, ceramah dan sebagainya dari menyesali dan berduka mengenangkan nasib malang mereka. Menerima Qada dan Qadar

    Sekadar meluah pendapat jika ada yang tidak bersetuju dan tidak dapat menerima apa saya boleh buat
    akubiomed Entri terkini..Tip blog cara kecil saiz gambar dengan Smush it

  • iza
    27 Jan 2011 | Permalink | Reply

    Salam..

    Mungkin mentaliti masyarakat kita jgk kot. Disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Kadang2 ahli keluarga yang tak sersalah tu terkena tempiasnya.
    iza Entri terkini..Bukan Sekadar Kereta Mainan

    • ayie
      27 Jan 2011 | Permalink | Reply

      kadang2 saya lihat ada keluarga xmahu terima anak mereka yang buat salah … alahai..

  • 27 Jan 2011 | Permalink | Reply

    sejarah dah jadi sebahagian diri..ibarat terantai dgn sejarah..tapi selagi ada org2 yang tak boleh terima perubahan baik seseorg, sampai bila2 pun rantai tu tak dapat dibuka..

    lagipun ramai org lebih suka cari salah dan hanya ingat kesalahan, yg baiknya dipendamkan..agaknya berpegang pada “buat jahat jgn sekali, buat baik berpada-pada” (buat jahat sekali, org ingat selama-lamanya)
    tengkorak emas Entri terkini..Kisah 3 sahabat yang tertinggal

    • ayie
      27 Jan 2011 | Permalink | Reply

      Memang benar peribahasa tersebut. Buat jahat jangan sekali, buat baik berpada-pada. Tetapi saya agak tidak setuju jikalau buat baik berpada-pada. Pada saya, kita haruslah buat baik selalu kerana pada zaman sekarang ini, kebaikan seseorang itu tidak akan dipandang. Tetapi apabila kita buat baik, Allah dan para malaikat akan memandang kebaikan yang kita buat itu.

One Trackback

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

CommentLuv badge