Duit adalah segala-galanya bagi seseorang

Hari ini kita hampir merasai ketibaan bulan Februari 2011 dalam beberapa hari sahaja lagi. Apabila bulan Februari muncul sahaja, ramai bangsa-bangsa Cina sudah sibuk menyediakan pelbagai barang-barang persiapan mereka untuk mereka gunakan semasa perayaan Raya Cina Gong Xi Fa Chai nanti. Ada juga bangsa Melayu dan India sibuk juga menyediakan pelbagai barang untuk menyambut perayaan ini bersama-sama nanti. Jadi ini bermaksud, seseorang yang merayakan perayaan tersebut akan memerlukan banyak duit untuk perayaan tersebut nanti.

ringgit malaysia

Aku bukanlah ingin menjadikan orang Cina, India ataupun Melayu untuk dibuat sebagai bahan kutukan didalam entri ini. Tetapi apa yang aku ingin katakan pada hari ini adalah boleh dikatakan semua orang didalam dunia ini semuanya mengatakan bahawa duit itu adalah segala-galanya yang penting didalam dunia ini. Tanpa duit, sesuatu perkara itu tidak akan terjadi.

Aku bantah situasi seperti itu kerana pada aku, duit bukanlah segala-galanya. Semua perkara yang kita terima selama ini sebenarnya adalah datang daripada Allah S.W.T. Kalau korang mengatakan bahawa tanpa duit korang akan mati, baik korang beristighfar banyak-banyak dan ingatlah bahawa Allah itu lebih berkuasa.

Apa makna duit kalau dengan duit itulah kita sebagai umat islam mampu berpecah sesama sendiri? Dengan duit jugalah seseorang umat islam itu sanggup bunuh membunuh?

Kalau kita ingat bahawa Allah itu adalah segala-galanya dalam alam semesta ini, insyaallah segala perkara kejahatan yang dibuat oleh umat islam tiada didalam dunia ini.Janganlah engkau bersandarkan duit dalam sesuatu hal itu. Ingatlah Allah setiap masa. Allah akan memberi kita rezeki yang berlempah-lempah kepada umat yang mengingat kepadaNya setiap waktu.

Bagaimana kita ingin mengingatinya? Solatlah kamu 5 waktu sehari semalam secara berjemaah di Masjid.

advertisement

One Trackback

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

CommentLuv badge