Saya sudah mahu berkahwin?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua rakan-rakan. Pada hari ini, aku telah bangun pada awal pagi iaitu pada jam 4.30 pagi untuk solat tahajud. Selepas solat tersebut, aku telah telefon Ery Farieha untuk dengarkan suara beliau yang manis dan gedik itu. Tetapi malangnya aku tak dapat berbual dengannya kemungkinanan besar beliau belum bangun tidur lagi. Aduhai.

Pada jam 8.30 pagi pula, aku telefon beliau lagi sekali. Itupun selepas aku sarapan pagi. Hehehe. Korang tahu sebenarnya aku bukan mahu ingin dengar suara kegedikan dia sahaja, sebenarnya aku ingin mengatakan bahawa aku ingin masuk meminang dia. Auchhh :D

Malu aku nak katakan di sini sebenarnya. Tetapi perasaan aku ini sebenarnya dah bergelora teramat sangat. Tak tahulah kenapa. Mungkin dah tiba masanya aku berkahwin dengan si dia kot. Aku beritahu tujuan aku ini kepada beliau. Jawapan yang diberi pada aku adalah ” Janganlah. Nanti-nantilah, i belum bersedia lagi”. Erkkk aku terima keputusan beliau. Mungkin ada hikmah disebalik keputusannya itu.

advertisement

13 Comments

2 Trackbacks

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

CommentLuv badge