Apakah kegunaan tudung?

tudung perempuanDah tentu korang semua tahu bahawa tudung adalah suatu benda yang wajib digunakan oleh seseorang perempuan yang beragama islam. Kenapa ia perlu dan wajib digunakan? Tudung digunakan oleh seseorang wanita islam itu kerana ia boleh menutup aurat wanita tersebut iaitu rambut daripada dilihat oleh seseorang yang bukan mahram.

Hari ini, kalau kita lihat di kebanyakan pasar malam, pelbagai jenis tudung telah dijual di sana sini. Fesyen tudung yang terkenal dan diketahui olehku pada hari ini adalah shawl.

Dahulu, ramai wanita-wanita tidak memakai tudung disebabkan mereka mengatakan bahawa seseorang yang memakai tudung itu tidak akan kelihatan comel ataupun cantik. Tetapi bagaimana pula pada hari ini?

Ramai lelaki pada hari ini sering kali tercari-cari perempuan untuk dijadikan teman hidup mereka yang memakai tudung. Katanya seseorang perempuan yang memakai tudung itu adalah seseorang perempuan yang comel dan cantik.

Pada aku, kecantikan diri seseorang itu bukanlah daripada cara pemakaian dia sahaja. Tetapi perlakuan beliau kepada orang ramai juga merupakan salah satu perkara utama untuk menilai kecantikan diri seseorang itu. Muka kalau cantik tetapi perangai macam haiwan, bagus ke?

Ada beberapa golongan wanita yang aku tidak suka sebenarnya pada hari ini. Mereka mengatakan dengan pemakaian tudung itu sebenarnya adalah untuk ikutkan fesyen terkini sahaja. Ada juga yang sanggup menggunakan tudung, tetapi rambut terlepas juga. Itukah cara sebenar pemakaian tudung?

Contoh yang boleh aku katakan pada hari ini adalah isteri perdana menteri kita. Aku lihat, kalau dia ke mana-mana acara mesti memakai tudung secara tidak langsung rambut beliau akan dinampakkan. Itukah yang boleh kita kategorikan sebagai seorang pemimpint?

Pemimpin sebenarnya memimpin seseorang itu ke arah jalan yang benar. Bukanlah memimpin seseorang itu ke arah neraka jahanam.

Ada juga yang memamakai tudung, tetapi baju dan seluar yang mereka pakai semuanya ketat-ketat. Terbonjol sana sini.Apa cerita? Takkanlah korang semua sebagai seorang perempuan, sanggup memakai pakaian yang ketat-ketat itu disebabkan mahu tunjuk bukit-bukau korang itu kepada lelaki lain? Nak berita kepada lelaki bahawa bukit korang itu besar sangat ke?

Maaf sebab terkasar bahasa. Kata Islam Hadhari. Inikah cara-cara pemakaian seseorang yang beragama islam itu? Aku bukanlah seseorang lelaki yang baik. Aku ada juga melakukan kesalahan. Tetapi, kalau perkara seperti ini sering aku lihat, salahkah aku untuk beri nasihat pada korang?

advertisement

14 Comments

  • mie BENGANG
    14 Feb 2011 | Permalink | Reply

    ak pn xsuke gk pompuan yg pkai tdung,tp bju sluar ketat,ps 2 de yg pkai lenggeng(sluar tat).pe cer??eh klaw mcm 2 rupe baek xpyh pki tdung trus sme gak berdose tyang kt org mcm 2 gaye..aduiiih..rosak..rosak..xpaham ak..TLONG LA jge skit dri 2..kowg kne rogol,kne rabe sane sni..kowg slah kn laki 2..dah kowg xtgok slah korwg sendri???hm?pikir2 la sendri whai kaum2 hawe..kowag da beso..

  • 31 Jan 2011 | Permalink | Reply

    Kami menjual pelbagai jenis tudung yang terkini dengan harga borong..sekiranya berminta l\sila layari laman web kami.

  • 31 Jan 2011 | Permalink | Reply

    Kami menjual pelbagai jenis tudung terkini dengan harga borong..sekiranya anda berminta boleh layari laman web kami.

  • 20 Jan 2011 | Permalink | Reply

    selalu juga jumpa golongan wanita yg mcm nie… pakai tudung tapi baju fit.kalau bongkok siap nampak underware lagi tu… tak tau la tujuan dan niat dia pakai tudung utk apa…
    intankuterpilih Entri terkini..Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011

  • 12 Jan 2011 | Permalink | Reply

    terasa

    okthanxbye.

  • iza
    12 Jan 2011 | Permalink | Reply

    Salam…

    Pemakaian tudung bergantung pada niat.
    Kalau bertujuan menutup aurat, Alhamdulillah, biarlah melepasi dada tp pemakaian tudung yg ikut fesyen dan tren terkini, adakah penuhi syariat Islam?
    iza Entri terkini..Penangan Aura Shape Up Vest Corset

    • ayie
      12 Jan 2011 | Permalink | Reply

      Kalau ikut fesyen dan tren tu, penuhi syariat islam ataupun tidak, ia bergantung kepada cara pemakaiannya juga…

      p/s : kenapa avatar dah lain?

  • 12 Jan 2011 | Permalink | Reply

    Ada yang pakai tudung sebab nampak lagi cantik berbanding free hair.. Yang menjadi mangsa adalah lelaki-lelaki yang ingin mencari calon isteri solehah, makin payah dah..
    AMiRU Entri terkini..How to Point Domain Name to Blogspot

    • ayie
      12 Jan 2011 | Permalink | Reply

      aha.. tapi sama jugalah kepada mereka (perempuan) ini. Mereka akan katakan kalau nak cari lelaki yang betul-betul baik, sama jer susah.

      • 12 Jan 2011 | Permalink | Reply

        Aku belum pernah jumpa lagi lelaki pakai kopiah or songkok sebab nak nampak hensem or ikut trend.. Ada jugak ke?
        AMiRU Entri terkini..How to Point Domain Name to Blogspot

        • ayie
          13 Jan 2011 | Permalink | Reply

          Hahahaha… tapi ada lelaki pakai songkok sebab nk berpura2 depan seseorang perempuan itu.. bahawa dia alim

One Trackback

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

CommentLuv badge