Aku minat gadis itu

ery fariehaSetiap orang lelaki sudah pasti ada gadis idaman mereka tersendiri. Inilah gadis idaman yang aku cari-cari selama ini. Nama samaran gadis idaman aku ini adalah Ery Farieha.

Setiap kali aku bersama-sama dengan Ery Farieha ini, bohonglah aku katakan kalau aku tak lihat gadis-gadis lain yang ada depan mata aku tu. Kalau aku dah lihat, sudah tentulah aku akan minat gadis itu.

Jikalau pandangan aku terhadap gadis lain itu telah kantoi dengan Ery Farieha ni, mulalah dia nak buat muka ala-ala merajuk. Huhuhu

Tapi apa aku kisah. Bukan aku pergi mengurat gadis itu. Aku cuma melihat je kot. Salahkah aku kalau lihat gadis itu?

Pada pendapat aku, ia taklah salah. Tetapi kalau korang minat terhadap gadis itu sekalipun, korang kenalah ingat ada batas dan kesedaran sivik bahawa diri dah berpunya.

Kejujuran adalah penting. Tetapi bergantung pada situasi. Contoh, jika menyukai perempuan yang lebih menawan dari girlfriend sendiri. Mesti sediakan ayat yang terbaik untuk nak bagi jelas kat girlfriend. Ayat yang manis dan menyedapkan hati.

Benda ni sebenarnya banyak berlaku dan membawa pergaduhan pasangan. Contoh situasi, girlfriend anda tak menyukai anda berkawan rapat dengan kawan-kawan baik anda yang perempuan. Sedangkan anda menyukai dan selesa dengan mereka. Lagi-lagi yang rapat dengan anda seperti jiran, classmate, coursemate mahupun rakan facebook.

Kalau aku tanyakan kepada Ery Farieha adakah dia minat terhadap lelaki lain juga selain aku? Mungkin dia akan katakan ya. Aku takkan marahkan dia kalau dia minat lelaki lain pun. Sebab yang aku tahu kepercayaan aku dengan kepercayaan dia terhadap satu sama lain sangatlah tinggi.

Lagipun kami bukanlah bercinta seperti korang semua. Bercinta jarak dekatlah katakan. Aku ini orang johor. Ery pula, orang KL. Dekat ke?

Kepercayaan dan kejujuran dalam bercinta itu perlulah ada. Nak berjaya dalam percintaan?

1. Jujur

2. Percaya

3. Jangan mengongkong pasangan

Kalau tak percaya dengan tips-tips aku ni, cubalah sekali sahaja korang follow. Insyaallah gadis korang itu akan tertarik kepada diri korang itu.

advertisement

5 Comments

One Trackback

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

CommentLuv badge