Kita tak sehaluan

perkahwinan dan perpisahan

Sebut sahaja tentang perkahwinan, semua orang mahu berkahwin. Kata mereka berkahwin tu best. Mereka katakan dengan berkahwin, dapat buat kilang anak. Itu hanyalah pandangan kawan-kawan aku sahaja ya. Hehehe.

Apabila seseorang artis Malaysia itu berkahwin, sudah pasti semua media akan menjejaki artis tersebut untuk mendapatkan cerita yang hangat untuk syarikat media mereka. Semua kehidupan dari mula percintaan sehinggalah alam perkahwinan, kalau boleh wartawan-wartawan ingin tahu tentangnya termasuklah kisah tentang penceraian dalam perkahwinan tersebut. Itupun kalau berlaku terhadap artis tersebut.

Pelbagai kontroversi akan berlaku jikalau pihak media mengetahui tentangnya. Untuk mengelakkan kehidupan artis tersebut hancur, kedua-dua pasangan yang telah bercerai itu akan memberikan jawapan yang sering kita dengar iaitu “kami sudah tidak sehaluan”.

Bila bercinta, semua benda sehaluan. Tetapi bila dah berkahwin tak sampai setahun je, dah jadi tak sehaluan?

Sebelum aku mengenali gadis yang aku cintai iaitu Ery Farieha ini aku mengakui bahawa aku sering kali berputus dengan gadis yang aku cintai sebelum ini. Apabila sudah banyak kali putus bercinta, aku rasakan sudah malas bercinta. Dan mengatakan cinta ini sungguh menyakitkan hati.

Tetapi aku sering nyatakan kepada diriku bahawa itulah kehidupan untuk diri seseorang manusia. Setiap yang hidup pasti akan menemui ajal maut. Kebahagian itu tidak akan kekal selama-lamanya di dunia ini.

Kini aku sudah berusia 21 tahun. Aku telah bercinta dengan Ery Farieha belum setahun lagi. Dalam percintaan kami, kami bukanlah sentiasa suka dan ceria sahaja. Ada kalanya kami juga sering bergaduh. Tetapi perkataan “putus cinta” itu masih belum di war-warkan oleh kami kerana pada pendapat kami, setiap masalah yang berlaku itu sentiasa ada jalan penyelesaiannya.

Ery Farieha merupakan salah seorang blogger juga seperti aku. Beliau sering kali melibatkan diri dengan perjumpaan-perjumpaan blogger. Jadi ini menyatakan bahawa beliau adalah seseorang yang sosial. Apabila sudah sosial, sudah pasti beliau akan berjumpa dengan lelaki lain.

Dalam percintaan dulu aku sering kali berasa cemburu jikalau gadis yang aku cintakan itu rapat dengan seseorang lelaki. Tetapi kini aku haruslah memahami diri pasangan aku tu. Janganlah mempunyai perasaan cemburu buta.

Bila dah berpisah, nak rujuk semula memang susah. Yelah masing-masing sudah ada haluan mereka tersendiri. Jadi mereka akan bebas buat apa sahaja tanpa memikirkan tentang hal pasangan mereka. Aku memang tak sukakan perpisahan itu.

Jadi tips aku untuk korang pada hari ini adalah :

1. Janganlah berfikir bahawa setiap perpisahan itu merupakan alternatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

2. Jadilah seseorang manusia yang matang dan berfikiran luas.

3. Semasa bercinta, anda haruslah mengetahui apa yang disukai dan tidak disukai oleh pasangan.

4. Cintailah pasangan anda dengan hati yang ikhlas. Janganlah cintai mereka disebabkan seks ataupun paras rupa.

advertisement

One Comment

One Trackback

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

CommentLuv badge