
Setiap orang yang anda kenali didalam dunia ini, tidak mempunyai perangai yang sama dengan anda. Jadi, janganlah anda menganggap bahawa semua perkara yang anda lakukan didalam dunia ini mampu disukai oleh seseorang yang anda kenali itu.
Berdasarkan tajuk entri saya di atas ini, saya berharap anda sebagai seorang pengunjung didalam blog saya ini dapat mengetahui apakah tujuan entri saya ini. Dalam dunia blog, perlbagai cara untuk seseorang blogger itu akan lakukan untuk menarik traffik untuk blog mereka. Mereka akan masuk ke dalam blog anda, baca keseluruhan entri anda dan komen sesuatu entri itu dengan tujuan menarik traffik blog anda ke dalam blog mereka.
Bagaimanakah mereka akan menarik traffik didalam blog anda? Sebelum saya beritahu jawapan tersebut, dengan ini saya akan beritahu juga bentuk-bentuk komen yang tidak disukai didalam blog.
1. Komen-komen dalam bentuk membodek penulis.
Apabila sesebuah entri itu dibuat dalam blog anda, pasti anda mahukan pengunjung membaca keseluruhan entri anda itu. Selain itu, sudah tentulah anda mahukan mereka komen entri anda itu. Tetapi, komen-komen tersebut adalah dalam bentuk untuk membodek penulis blog tersebut.
Contohnya :
a) Nice entry
b) Terima kasih untuk entry anda yang bagus
Mengapakah saya katakan komen seperti di atas ini adalah sesuatu komen untuk membodek seorang penulis? Apabila anda membuat komen seperti itu, anda mungkin mengharapkan penulis blog tersebut datang ke blog anda dan baca keseluruhan entri anda tersebut. Tetapi sebenarnya komen seperti itu akan membuatkan penulis blog menyampahkannya.
Komenlah sesuatu entri tersebut dengan ikhlas. Jikalau entri tersebut, tidak bagus ataupun anda tidak sukakannya, katakanlah dengan benar. Setiap komen anda itu, akan menjadikan penulis blog tersebut mendapat ilham untuk meningkatkan cara penulisan mereka didalam blognya itu.
2. Jangan bergaduh.
Apabila sesuatu bentuk penulisan itu dikeluarkan oleh seseorang penulis didalam blog mereka itu menyentuh sensitif diri anda itu, janganlah bergaduh didalam komen mereka. Ia akan menjadikan anda sebagai seorang penulis komen di pandang keji oleh orang yang membaca komen anda itu.
Kalau penulisan tersebut menjadikan hati anda terluka membacanya, apa kata anda keluar sahaja daripada blognya. Blogger-blogger didalam Malaysia ini bukanlah ramai sangat. Jadikanlah blog itu sebagai tempat untuk anda mencari rakan. Dengan mendapat rakan-rakan dalam alam maya ini, insyaallah anda akan mendapat sesuatu ilmu itu dengan mencurah-curah.
3. Tidak perlulah menjadikan diri anda sebagai pengomen yang selalu tinggi dalam senarai.
Sudah pasti anda sebagai pengunjung blog saya ini akan mendapati bahawa saya mempunyai widget top commentar didalam blog ini. Apabila anda menulis apa-apa komen didalam blog saya ini, janganlah menjadikan diri anda itu sebagai seorang penulis komen yang paling banyak didalam blog ini. Anda akan dibenci oleh orang lain. Ingatlah perkara yang pertama untuk entri ini. Janganlah membodek penulis blog tersebut.
Komenlah sesuatu entri itu dengan hati yang ikhlas dan ia datang dari hati anda sendiri.
4. Komen diluar topik.
Apabila komen-komen anda itu diluar topik, ini menunjukkan anda sebagai seorang pengomen tidak membaca keseluruhan entri anda. Bacalah keseluruhan cerita yang dikeluarkan penulis tersebut. Jadi anda bolehlah mengetahui apakah keseluruhan intisari sesebuah artikel itu.
5. Komen untuk traffik blog anda.
Adakah anda sebagai seorang penulis blog sering kali melihat sesuatu komen yang berbentuk spam? Contohnya dalam komen seseorang itu, mereka akan meletakkan link-link didalam komen mereka. Apabila penulis blog itu telah menggunakan plugin CommentLuv didalam blog mereka, adakah anda perlu meletakkan komen yang berbentuk spam didalam komen tersebut?


19 Comments
Salam…
Best n3 ni…..
aku ada jgk buat kesilapan tersebut di blog2 tertentu…
tp bukan bermaksud nak membodek. Memang suka melepak kat situ sebab penulisannya…
iza Entri terkini..Antara Sains Moden Dan Ilmu Wahyu
eh hye. nice entry!
hahahahaha. Tapi kan, banyak2 bentuk komen, aku plg sakit ati org komen dan cakap
“please follow blog I, lepas tu jangan lupe klik nuff I. Terima kasih sebab membantu”
oh!!!!!!
irah hajerah Entri terkini..Ini pulak Pengakuan Saya Free Hair – Saya OK
hahahaha.. tu pasal la dalam blog ni, widget follower tu aku tak gunakan.
Tak salah rasanya jd pengomen yg tertinggi..
Ini menunjukkan kita mmg followers blog tu..
Bkn hanya ckp kat kotak komen, “i follow u, please follow me back..”
Bla dh follow blog seseorang, rasa nya kita akn jenguk n bc blog tu apabila ade entry terbaru..
Pd sy, itu tak menjadi kejelesan pun pd blogger2 lain..
*Cuma pandangan je..
d_tieah Entri terkini..Inilah lepas geram terbaek!
wah,terima kasih..ilmu yg sgt brguna
kepuasan dalam penulisan sesebuah entri itu adalah datangnya dari komen pembaca.. so.. xpuas la.. kalau dapat feedback pendek2 dari pembaca.. keikhlasan dalam komen juga penting.. sebenarnya.. bukan just nak tinggalkn jejak je.. ^_^
no 1 – Penah jugak tegur blogger macam ni direct!
no 3 – ada dua situasi. macam dalam blog aku, rasanya yg selalu komen pun member2 rapat. sekali komen, 3 4 kali, kadang2 tlg reply komen visitor lain. Rasanya tiasa masalah.
Situasi kedua, dan memang betul apa yg bro cakap. satu entri, tapi komen die beratus-ratus. Sampai komen aku pun admin tak terbaca. Kadang2 die tulis first komen, lepas tu balas komen sendiri sampai threaded 5 6.
ps: yg sitasi kedua tu, malas nak cakap blog mana. Tapi mmg dah tak seronok komen kat situ.
Amacam?
Affan Entri terkini..Tips menjadi blogger otai- terkenal dan ternama
wahhhhh =)):)) komen yang panjang betul.. tapi berkenanaan komen ko yang ketiga tu.. kalau tolong balaskan komen.. tak kisah pun.. tapi kadang-kadang pengomen ni saje jer cuba menonojolkan diri mereka di senarai top commentar agar blog mereka dapat traffik yang tinggi jugak… heheheh
selalunya yg komen seciput2 tu maybe diorang nak bersiar-siar kot. so komen pun mybe copy paste je. selalunya jmpa yg macam ni bila ada segmen..tul ke???
komen ngatif tak pernah dpat lg kot, tp kondem dpan2 dah rasa. macam gram j tym tu..huhu
nurmudrikah Entri terkini..kasih ibu
hahaha.. komen yang negatif tu. dalam blog ni ada jer.. heheheh.. sebab tuan blog ni bukan selalu jaga hati orang .. lalalalala
Macamana plak ngan komen2 berbentuk spam? banyak akismet plugin tangkap kalo wat website ompouteh.huhuhu
Want Guest Blogging?
Wan Firdaus Entri terkini..See This Before Buying A Laptop
ok.. kalau blog ko selalu kena spam jer oleh spammer2.. ko guna je plugin mcm aku ni.. plugin nya bernama GASP.. Insyaallah blog ko tak de spammer lagi
AKu guna akismet,spam saje dah 30 dia tangkap ‘minggu’ ni.Sib baik la.kalo tak hancus.Kalo wordpress yang free camtu laa nasibnye kan.huhu
Wan Firdaus Entri terkini..See This Before Buying A Laptop
dulu aku guna plugin akismet.. tapi komen spam tu tetap ada.. penat betul aku asyik2 nak delete je.. Lepas aku tengok blog arrifshah, aku pun guna plugin GASP ni. Haa lepas tu, memang tak ada pun komen spam lagi
Suda tukar skarang,Akismet out,GASP in
Wan Firdaus Entri terkini..New Year eCards at Ojolie
jgn bergaduh tu yg x leh tahann.. haha!
gomokpendek Entri terkini..gojesh in orange contest!! yeahh!
=)):)) tak tahan macam ner?? hehehe.. tapi memang selalu kot seseorang pengomen tu bergaduh disebabkan sesuatu entri
aku tak pernah lagi ada komen2 negatif atau yang sewaktu dengannya.. cuma komen macam ‘nice entry’ tu ada ar dapat.. adeh nampak sangat macam diorang tak baca..
Fitrihadi Entri terkini..Berita Chill 1 – I Like Mat Rempit Dan Paris Hilton Hoohoo
hahahaha… komen-komen yang negatif tu akan datang bila ko buat entri yang menyentuh keperibadian seseorang.. Hehehe…
One Trackback
[...] This post was mentioned on Twitter by a-y-i-e and others. a-y-i-e said: Komen-komen yang tidak disukai didalam blog http://goo.gl/fb/Vba7n [...]