Kini kita bakal mengakhiri tahun 2010 dengan beberapa hari sahaja lagi. Tahun 2011 bakal menjelma tidak lama lagi. Setiap detik kita mungkin tidak mengetahui berapakah orang yang telah menjadi seorang blogger. Cubalah kita anggapkan dalam dunia internet ini bahawa dalam 1 saat, ada 100 orang telah menjadi seorang blogger. Kalau 24 jam pula?
Hari ini, saya akan berkongsi dengan anda semua bagaimanakah untuk menjadikan sesuatu laman web itu dikunjungi oleh pengunjung-pengunjung yang baru dan dikunjungi semula oleh mereka semua itu. Adakah anda mengetahui apakah alasan mereka untuk mengunjungi laman web anda semula? Mungkin anda katakan ya jikalau anda sudah mengetahui apakah jawapannya. Kalau tidak, marilah kita bincangkan.
1. Forum, shoutbox dan chatroom.
Dengan adanya sebuah forum, shoutbox ataupun satu ruang chatroom dimana semua pengunjung-pengunjung laman web anda itu dapat berkumpul dan bersuai kenal antara satu sama lain, dengan cara ini pengunjung-pengunjung laman web anda itu tidak akan mengunjung laman web anda tersebut dengan bosan.
Forum akan menjadikan pengunjung laman web anda itu berpuas hati jikalau servis yang anda berikan kepada mereka itu sesuai. Jadikanlah forum anda itu berlainan daripada forum-forum yang lain. Contohnya anda boleh menjadikan sebuah forum anda itu untuk berbincang mengenai artis-artis Malaysia kita.
2. Blog
Sebuah laman web itu akan dikunjungi oleh pengunjung yang tetap jikalau pengunjung-pengunjung laman web anda itu dapat mengetahui apakah perkara-perkara setiap hari yang anda lakukan. Untuk memberitahu mereka semua, anda bolehlah membuat sebuah blog untuk menceritakan hal peribadi ataupun apa-apa sahaja didalam blog tersebut.
Jikalau laman web anda tersebut menyediakan servis tentang perkhidmatan jual beli hosting dan domain anda bolehlah bercerita tentang kelebihan servis anda itu setiap hari didalam blog baru anda itu.
3. Berita
Apabila sudah adanya blog ataupun sebuah forum, anda juga boleh meletakkan laman web anda itu dengan sesuatu maklumat yang amat berguna seperti anda menyampaikan apa-apa berita dalam negeri ataupun berita-berita luar negara.
Pengunjung laman web anda tersebut tidak akan datang selalu ke laman web anda itu. Tetapi apabila mereka ingin melihat sesuatu berita tersebut yang mungkin adalah suatu perkara yang agak penting bagi diri mereka, mereka bolehlah melihat laman web anda itu sebagai sumber maklumat untuk diri mereka. Tetapi untuk menjadikan laman web anda itu sebagai sumber berita terkini, anda haruslah berusaha kental agar semua berita-berita anda itu sentiasa terkini.
4. Polls dan survey.
Mengapakah saya katakan bahawa adanya polls dan survey ini boleh di letakkan dalam laman web anda itu? Mungkin rata-rata daripada anda semua sudah telah mengetahui selok belok blog Justkhai iaitu blogger Malaysia sepenuh masa.
Dengan adanya polls dan survey didalam blognya tersebut, pemilik blog tersebut iaitu Khai Hassan dapat mengetahui apakah cerita ataupun maklumat yang boleh beliau ceritakan didalam blognya tersebut. Polls dan survey dapat menjadikan sesuatu undian daripada pengunjung-pengunjung blog anda itu berjalan dengan lancar.
5. Adakah pertandingan.
Salah seorang blogger Malaysia yang sering saya lihat dia anjurkan sesebuah pertandingan untuk blogger-blogger adalah Denaihati. Saya bukanlah pengunjung blognya yang tetap. Tetapi apabila saya telah melibatkan diri saya ini dengan dunia blog, saya sepatutnya mengetahui apakah perkara-perkara yang berlaku di masa kini agar tidak ketinggalan sesuatu perkara yang baik itu.
Pemilik blog Denaihati dengan bertemakan blognya itu iaitu “Hidup untuk memberi” , pada pendapat saya adalah seorang blogger yang selalu menyediakan apa-apa pertandingan dalam blognya itu. Dengan ini, saya tak terkejutlah jikalau blognya itu selalu dikunjungi oleh beribu-ribu orang dalam setiap masa.
6. Kemaskini dengan perkara baru.
Sentiasa mengemaskini sesuatu laman web itu adalah suatu perkara yang amat penting. Jadikanlah laman web anda itu sentiasa dikemaskini agar pengunjung-pengunjung anda itu sentiasa mencari-cari sesebuah intipati yang baru.


4 Comments
Belum cubo lagi,tapi n0.5 tue macam berhasil. ramai dah buat.
Kamal Mustafa Entri terkini..Kamal Info – Jangan Terlalu Manjakan Tubuh Anda
lama x singgah blog ayie nie. kali nie entry x cerita pasal pc tapi cerita pasal tarik RV plak. Aku dah cuba Point No 5. Berkesan juga alhamdulillah. Lagi satu, contest masih berjalan. Jemput join yer.
Anwar Osman Entri terkini..PC Fair 2011 Venue- Date and Girls
setujuk!!
aku nie semua setuju jer…hehehe
intankuterpilih Entri terkini..Test JPJ Aku Kan Confident…
aha… disebabkan akak selalu setuju jer.. nnt saya akan buat satu entri tentang komen pulak.. hehehehe
One Trackback
[...] This post was mentioned on Twitter by a-y-i-e. a-y-i-e said: 6 cara pengunjung datang semula http://goo.gl/fb/3qszI [...]