6 sebab kenapa tidak boleh berblogging

Asyik-asyik cerita pasal blog sahaja. Adakah ayie sudah tiada idea untuk buat cerita lain? Bukan apa, setelah ayie tengok entri lama-lama dalam blog ini, ayie perasan bahawa pengunjung-pengunjung blog ayie ni, sukakan cerita tentang blog . Jadi ayie pun kongsikanlah cerita tentang blog. Bila cerita tentang peribadi sahaja didalam blog ini, mungkin korang akan bosan.

Bila sebut tentang blog, mungkin ada sesetengah daripada anda semua mengatakan blog itu layak untuk semua. Tetapi saya hari ini mengatakan bahawa untuk menulis dalam blog, sebenarnya ia tidak layak untuk anda jikalau :

1. Anda adalah seorang manusia yang PEMALAS.

Untuk menjadi seorang penulis didalam blog, anda sepatutnya menjadi seorang manusia yang sentiasa aktif dalam dunia internet ini. Bukanlah jadi seorang manusia yang pemalas. Contohlah ada cerita yang terbaik yang telah diberikan oleh seseorang rakan anda, tetapi anda tidak pandai mengupasnya sama sahajalah. Anda mahukan blog anda itu ditulis oleh orang lain. Baguskah?

2. Anda tidak mahu BELAJAR PERKARA BARU.

Dunia teknologi kita ini sentiasa bertambah dari masa ke semasa. Anda sepatutnya mengejar perkara tersebut. Jadikanlah teknologi dengan diri anda itu sentiasa sehaluan. Kalau dah tinggal jauh ke belakang, anda adalah seperti katak di bawah tempurung. Dunia kini ada pelbagai telefon bimbit yang sudah keluar. Tetapi ada juga manusia yang tidak mengetahui tentangnya. Sebab mereka tidak mengikuti zaman teknologi masa kini.

Belajarlah tentang sesuatu perkara baru itu. Ikutilah tentang perkara baru itu dari awal. Janganlah jadi manusia yang bodoh sombong. Bila ditanya tentang sesuatu perkara, diam sahaja sebab tak tahu tentangnya. Tetapi kalau berbual, fuhh berbual macam tahu semua sahaja.

3. Fikiran anda tidak MELAMPAUI DARI KOTAK PEMIKIRAN.

Anda adalah seorang pelajar didalam dunia realiti. Apabila menjadi seorang blogger, anda sepatutnya mampu memikirkan sesuatu yang lain daripada menjadi seorang pelajar sahaja. Jadilah seorang yang tahu tentang sebelum dan selepas tentang sesuatu teknologi tersebut. Tetapi, janganlah jadi seorang blogger yang menyebarkan sesuatu maklumat itu tanpa sumber. Kalau tiada bukti, orang pun boleh menyampah. Nanti orang boleh copkan bahawa blog anda itu adalah blog sampah.

4. Anda kurang BERINSPIRASI.

Apa itu inspirasi? Setiap orang blogger sentiasa ada blog inspirasi mereka. Semua blogger mahukan blog mereka seperti blog inspirasi mereka. Saya mahukan blog ini terkenal seperti blog obefiend, justkhai, cikgudahlia, kujie2. Ahhh kalau boleh seperti semua blog-blog Malaysia yang terkenallah. Hohohoho. Tamak sungguh aku ni.

Penulisan seseorang itu mampu menjadikan anda sebagai inspirasi mereka. Gunakanlah bahasa yang betul. Bahasa menunjukkan diri anda. Kalau bahasa pun macam kanak-kanak bawah umur, orang lain akan cop anda sebagai kanak-kanak tak cukup umur.

5. Anda tidak KREATIF.

Cubalah anda lihat blog Justkhai / Mrpiratz. Kalau korang ikuti setiap perkembangan dalam blog mereka, mungkin korang akan katakan seperti aku juga bahawa cara susunan gambar dalam blog mereka itu terbaik. Mereka pandai dalam edit-mengedit sesuatu jenis gambar itu.

Aku bukanlah seorang yang kreatif dalam bab edit mengedit gambar ini. Tetapi, kalau ada sesuatu gambar itu aku suka, aku akan cari beberapa sumber untuk menjadikan gambar itu sehabis baik.

Kalau korang tak seperti mereka, jangan putus asa. Google sentiasa ada penyelesaianya. Kalau tak cari, jawapan tersebut takkan datang bergolek.

6. Anda bukanlah seorang manusia yang MESRA.

Apa itu blog? Anda sepatutnya mengetahui jawapan yang sebenarnya tentang blog. Blog bukanlah media untuk menulis ataupun menyebarkan apa-apa maklumat sahaja. Tetapi berblogging itu adalah suatu komuniti untuk mencari seberapa ramai kawan.

Korang tahu tak bagaimanakah aku dengan Ery Farieha berkenalan dan bercinta?Cubalah cek semula entri aku yang lepas-lepas. Semua jawapannya ada dalam blog ini. Blogging mampu jadikan sebarang hubungan dalam dunia internet ini wujud didunia yang realiti.

Jadilah seorang manusia yang sentiasa mesra dengan orang lain. Janganlah jadi manusia yang sombong.

advertisement

8 Comments

One Trackback

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

CommentLuv badge