Apakah itu BN?

Bila sebut tentang politik negara, bukan semua orang mampu bercerita mengenainya. Aku bukanlah seseorang manusia yang pandai bercerita mengenai tentang politik didalam negara ini. Malah aku tidak suka tentang politik yang sanggup bergadai nyawa disebabkan politik. Bergaduh sesama bangsa sendiri, bergaduh dengan adik beradik, semuanya disebabkan politik.

Apakah itu BN? Aku bukanlah nak bercerita tentang politik kita iaitu  Barisan Nasional. Tetapi apa yang aku ingin kongsikan hari ini adalah mengenai harga BARANG NAIK (BN).

harga petrol malaysia

Sebut sahaja tentang minyak, semua orang mengakuinya bahawa minyak merupakan sumber penting untuk penduduk muka bumi ini. Tetapi apabila harga minyak seliter kini naik sahaja setiap bulan, orang yang mempunyai kenderaan bermotor, silap-silap hari bulan sanggup bergadai untuk menyara keluarga mereka.

Harga minyak naik, bagaimana pula dengan harga barang lain? Untuk memulakan pemprosesan kerja-kerja dikilang semuanya memerlukan minyak. Ada ke lagi kilang-kilang yang menggunakan arang batu?

Ada beberapa rakan-rakanku menyebut bahawa Kerajaan Malaysia akan menurunkan harga minyak. Tetapi mereka akan menaikkan harga sekotak rokok 20 batang kepada RM14 kelak. Adakah ini benar? Aku rasa perkara seperti itu tidak akan berlaku. Ia hanyalah khabar angin je kot.

Incoming search terms:

advertisement

2 Comments

  • 18 Dec 2010 | Permalink | Reply

    banyak pro and contra geng, pape pun kita kena pandai, kalau x kita kena pijak.
    ahfat Entri terkini..TIPS- AYAT MENGURAT GADIS

  • 18 Dec 2010 | Permalink | Reply

    Bila dah kerap sangat naik harga, pengguna/rakyat jemu bosan lama-lama lali. Siapalah kita utk menentang. Tunggulah masa pilihanraya nanti…

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

CommentLuv badge