Lelaki dan perempuan memang tidak dapat dipisahkan. Ke mana-mana je kalau kita pergi dalam dunia ini, sudah pasti lelaki dan perempuan itu ada. Apa yang ada pada seseorang lelaki ataupun seseorang perempuan itu? Lelaki mempunyai satu sahaja nafsu. Tetapi kalau kita ingin mengetahui tentang nafsu perempuan, ahh aku sendiri tak tahu berapakah nafsu perempuan ada.
Seorang bayi lelaki ataupun seorang bayi perempuan akan lahir ke dunia ini jikalau lelaki dan perempuan itu mengadakan hubungan seks. Hubungan seks yang macam mana ya? Nak jawapan pendek dan padat? Ok, kalau korang nak tahu, nak dapatkan anak, seorang lelaki tu patut pancut air mani / spermanya kedalam rahim wanita untuk disenyawakan dengan ovum. So korang (lelaki) punya sperma tu, mestilah sihat kalau nak menembusi ovum. Huhuhuhu.
Menurut Islam seorang lelaki dan seorang perempuan tu boleh mengadakan hubungan seks bersama-sama jikalau mereka sudahpun mempunyai sebuah ikatan perhubungan yang halal dan sah disisi syarak islam.
Tetapi dunia 2010 sekarang ni, aku lihat ramai remaja lelaki dan perempuan bila bercinta (couple) sahaja, terus nak buat seks. Mereka katakan, dengan seks la hubungan dan perasaan sayang tu akan terbukti. What a nonsense!!!. Haishh Apa punya fikiran la kalau macam tu.
Kalau dah buat seks, tiba-tiba laki tu tak nak bertanggungjawab selepas kau (perempuan) di sahkan mengandung. Nak menangis sehingga air mata darah sekalipun dah tak berguna beb.
Untuk pengetahuan korang, semasa aku bercinta dengan Farihah sehingga kini, dia telah berikan aku lagu yang bertajuk “Kalau Berpacaran – Sohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet“. Lagu yang di berikan oleh si dia ni bukan sahaja best untuk aku dengar. Tapi memang bermakna buat seseorang yang sedang dilamun percintaan seperti aku ni. Huhuhuhuh.
Dengan ni, aku kongsikan dengan korang semua lirik lagu Kalau Berpacaran.
Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang
Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang
Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman
Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya
Ulang korus
Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah
Ulang korus 2x
Kalau dah tak tahan sangat nak buat anak tu, cepat-cepatlah bernikah. Jangan malukan lagi orang Melayu dengan kes Zina dan buang bayi merata-rata. Tak perlu buat kenduri kahwin besar-besar seperti artis tu. Apa yang penting dalam perkahwinan ini adalah kebahagian. Kalau artis yang sanggup berkahwin berpuluh-puluhan ribu ringgit tu, lepas tu bercerai, pada aku sungguh merugikan. Ada pula artis Melayu kita sanggup berhutang dulu untuk berkahwin. Alahai. Buat malu artis dan bangsa kita je la.
Ok2.. aku dah tak nak bebel panjang2 lagi. So korang fikir-fikirkanlah ya apa yang patut di buat dan apa yang patut ditinggalkan.
Jom muat turun : Internet Download Manager 6.03


11 Comments
lagu tue best..seks bebas nie orang barat jer buat..tapi kat malaysia boleh tahan gak kesnya..adoi
arrizz Entri terkini..Social Network Gathering – Korang bila lagi
Aku tak suka lagu nie sebab aku tak faham lirik dia… aku juga tak faham apa itu cinta… dan aku rasa lebih baik ko bernikah dgn Farihah jika ko belum bernikah dgn dia skg.
Jo Qusary Entri terkini..Contest Stylo- Act 3
Kalau dah berdua-duan tentu ada pihak ke tiga. Mula-mula bersentuhan bukan mahram kemudian melarat.
akubiomed Entri terkini..Abang Ngah bakal duduki ujian saringan tahun 1
ehem ehemmm
=P
ery farieha Entri terkini..Apa lagi kecik dari Flush Toy
Sakit tekak ke cik kak? =)):))
Kalau nafsu mendahului akal nielah jadinya.Hubungan seks sebelum nikah,konon nak buktikan cinta,Sok bilo dah termengandung,muko malu,buang anak,kena tangkap,omak bapak jugak yang susah.Kocik2 taknak mampuih dah bosar menconteng arang.
Pada pendapat saya, pendidikan dalam diri seseorang itu penting. Kalau pendidikan agama tidak dititikberatkan pada masa sekarang ini iaitu zaman yang serba moden ini, maka kes seperti ini akan jadi sahaja.
suka juga lagu tu..Pada yg berpacaran ingat2 ya..hehehhehe
sue Entri terkini..Ikhlas dari sue
Hahahaha. Bila Farihah bagi lagu ni kat saya, fuhh terus tersentuh
menarik. bro suka lagu tue.. tapi xde yang nk tuju kat bro.. mybe sebab bro nie baik sangat kot
Bro Framestone Entri terkini..Buat Duit Dengan Google Adwords
:O Baik sangat?? Lalalalala
One Trackback
[...] This post was mentioned on Twitter by a-y-i-e and Merpati Putih, a-y-i-e. a-y-i-e said: Lelaki dan perempuan http://goo.gl/fb/8N3LD [...]