Apa yang anda mahukan?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung-pengunjung dan pembaca-pembaca setia yang sudi mengunjung BLOG-AYIE[dot]com sekalian. Selamat pagi semua. Hari ini sudah 6 November 2010. Sekejap sahaja masa berlalu tanpa kita sedari. Siang pasangannya malam. Matahari pasangannya bulan. Ahhh dah berpuisi pulak aku ni. Hehehehe.

Ok semua, entri saya pada pagi ini adalah mengenai blog saya ini. Mungkin ada di antara anda semua adalah pengunjung pertama kali yang datang ke blog ini. Untuk pengetahuan anda semua, blog saya ini adalah blog personal sahaja. Tiada niche khusus yang telah ditetapkan untuk blog ini.

Aku pening

Kalau anda perhatikan gambar di atas ini, mungkin anda ketahui apakah yang saya mahukan dari anda semua. Berblogging memerlukan kepuasan diri. Tetapi sejak akhir-akhir ini, BLOG-AYIE[dot]com kekurangan pengunjung. Jadi kepuasan diri saya untuk berblogging pun tiada. Hurmmmm.

Cuba anda nyatakan di bahagian komen, apa yang anda mahukan di blog saya ini. Manalah tahu saya boleh buat entri tersebut. Contohnya tutorial blog, tutorial photoshop, dunia fesyen, ataupun apa-apa sahajalah. Saya berharap, anda tidak malu dan tidak segan untuk menyatakan pandangan tersebut.

advertisement

7 Comments

  • 7 Nov 2010 | Permalink | Reply

    Entri pendek sangat..hi
    tak puas nak baca…
    pejuang Kesenian Extreme Entri terkini..Cara membuat Status Facebook Palsu

  • 6 Nov 2010 | Permalink | Reply

    Salam ayie..

    susah sebenarnya nak penuhi citarasa pengunjung..ada yg suka baca cerita kita..ada yg masuk cari berita..ada yg cari resepi..ada yg hanya blogwalking saja sekadar utk tambahkan trafik blog masing2 tanpa membaca isi kandungan blog kita pun..

    Ada yg menyampah tgk blog kita asik copy entry dari blog lain atau copy entry berita..tp apa yg lebih penting adalah niat kita..

    macam akak, akak suka membaca dan apa yg akak jumpa kat onlinepaper or mana sumber ilmu..akak lambak kan kt blog..org nak kata plagiat ke pe terpulang sbb source sudah dinyatakan..so takde unsur plagiat di situ..

    Macam blog Ayie pun akak rasa Ayie byk kongsikan info berguna..dengan gaya bahasa sendiri..turun naik pengunjung tu biasa la ayie…

    yang penting jangan putus semangat k..keep on blogging..insyaAllah lama2 org akan ingat dan kenal siapa kita..

    sori terpanjang plak membebel..huhu
    Kalamhati Entri terkini..FAKTA TENTANG KIDALditujukan untuk diriku sendirihehe

    • ayie
      6 Nov 2010 | Permalink | Reply

      Wahhh panjang betul bebelan dia. :) )

      Nasihat tu sangat berguna sebab secara tidak langsung, semangat saya berblogging semakin naik. Terima kasih sis sebab kata-kata sis itulah yang akan saya jadikan pendorong untuk berblogging.

  • 6 Nov 2010 | Permalink | Reply

    Rasanya semua orang pandai buat blog dan berblog tapi ramai yg tak faham bagaimana nak promosikan blog mcm saya buat blog adsense nak juga cuba beradsense cara promosi yg berkesan tu masih tak faham jadi tuan buatlah tuturial camne nak promosi blog camne nak kumpul email yg riban-riban tu dan segalanya tentang promosi lah.Yg ramai kantoi lepas buat blog tu sbb tak faham cara buat promosi lah. Betul tak? itu pendapat saya je.Tapi kalau tuan baik hati nak buat tutorial cara promosi tu ok gak bleh lah saya numpang.

    • ayie
      6 Nov 2010 | Permalink | Reply

      Tutorial tentang adsense? :-? Wah suatu perkara yang boleh saya cari sumbernya. Jikalau ada masa, insyaallah saya akan berkongsi dengan anda semua tentang adsense.

      Terima kasih saya ucapkan kepada saudara sebab berikan cadangan

  • 6 Nov 2010 | Permalink | Reply

    Kalau brader yie kasi duit mesti ramai visitor, anjur contest ke… ;)
    Shahrulsite Entri terkini..Senarai Pasukan TM Liga Super 2011

    • ayie
      6 Nov 2010 | Permalink | Reply

      Hurmm.. Nice idea. Tapi sebagai seorang pelajar, nak tunggu hujung bulan tu, duit sentiasa tak cukup. Huhuhuhuh

      Kalau kadang-kadang saya buat bolehlah. Nak buat selalu, grrrr… Huhuhuhuhuh

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

CommentLuv badge