Sejak menjadi seorang blogger pada usia muda ini, saya telah mendapati pelbagai blog telah dicipta oleh seseorang yang mempunyai niche mereka tersendiri. BLOG-AYIE[dot]com ini adalah blog personal sahaja. Sebagai seorang penulis didalam blog, sudah pasti kita akan menulis apa sahaja dengan pelbagai perkara yang perlu dititikberatkan. Jadi, perkara yang perlu dititikberatkan itu sesungguhnya telah menjadikan hati kita ini risau apabila melibatkan diri dengan penulisan didalam blog.
Bukankah menulis didalam blog itu suatu perkara yang mudah?
Masa
- Dalam masa 24 jam, berapa kerapkah anda sebagai seorang penulis blog peruntukkan masa untuk berblogging?
- Menjadi seorang blogger, masa yang telah diperuntukkan oleh saya untuk menulis satu entri didalam blog ini adalah satu jam. Selepas itu, saya akan biarkan sahaja blog ini begitu sahaja. Kalau ada masa, saya akan blogwalking ke blog-blog rakan yang lain untuk mendapatkan ilham untuk menulis sesebuah entri didalam blog saya ini. Oleh itu, jumlah masa yang diperlukan oleh saya dalam blog, adalah lebih kurang 1 jam 30 minit.

Idea
- Idea semasa untuk menulis sesebuah entri didalam blog anda itu perlulah ada. Kalau tiada idea, mampukah anda menulis entri tersebut?
- Selain itu, anda perlulah mendapatkan idea seberapa banyak yang mungkin untuk menjadi seorang blogger yang kreatif. Traffik blog anda akan tinggi jikalau anda adalah seorang blogger yang kreatif

Traffik blog
Sebagai seorang blogger, sudah semestinya anda memerlukan pelawat didalam blog anda itu. Tanpa seorang pelawat, adakah traffik didalam blog anda itu tinggi? Perkataan traffik akan wujud jikalau blog anda itu mempunyai seorang pelawat. Dapatkanlah seseorang pelawat itu menggunakan idea dan kreatifan anda itu.

Harapan hanyalah sekadar harapan sahaja
- Apakah yang saya ingin ketengahkan dalam perkara ini adalah tentang nuffnang. Sejak akhir-akhir ini pelbagai blog yang saya lawat, telah menjadikan blog mereka mempunyai pelbagai iklan. Iklan nuffnang didalam blog tersebut sahaja ada 3. Belum lagi iklan-iklan banner yang ada. Berblogging baru sahaja seminggu, tapi sudah ada hati menarik hati pengiklan didalam blog anda itu.
- Mantapkanlah traffik blog anda itu dahulu. Kemudian barulah anda fikirkan tentang kewangan pula.

Sumber ilham : 100 penulis [dot]com



7 Comments
Masa yang aku peruntukkan untuk menulis entri ialah 4 jam..Masa itulah aku nak menulis,nak mencari ayat yang cantik,nak mencari gambar,nak memikir n nak makan jajan…hihi
Pejuang Kesenian Extreme Entri terkini..Cara membuat Status Facebook Palsu
blogwalking ni mmg boleh datangkan trafik..tapi sambil blogwalking tu dapat gak baca mana2 entri yg menarik dan rasa nak komen. tu baru blogwalking yang bermanfaat. tapi tu la satu pasal kekangan masa…hurmm..
dedoku Entri terkini..Tutorial- Cara Install Driver Genius Full Version
saya pun risau jugak bro coz ramai yg bw guna robot…em….
acik mimi Entri terkini..Bukti pembayaran MANGGA ADSpart-2
ayie, setuju dengan ayie..kadang-kadang nak blogwalking memang tak sempat disebabkan kekangan masa yg sangat padat. cuma kalau ada masa terluang, amek sikit kesempatan untuk tinjau blog kawan2..
psl update blog pulak, susah nak dapat idea skang nie. biasanya update pada waktu malam lepas anak tidur, pastu set publish utk keesokan harinya. tp tu la kan…kalau nak update lepas anak tidur, mata kita pulak jadi ngantuk.
intankuterpilih Entri terkini..Cuaca Tak Menentu- Awasi Anak Kita
info menarik…terutama yang last tue.Orang skrg nak cepat aje kayo
Salam Ayie, kebetulan ada kat timeline Twitter, terus klik ke sini.
Kak Jie pun makin kurang merayau dalam blogosphere sekarang ni. Blog betul² untuk masa terluang bukan priotity utama. Tak mahu terkejar² separuh jiwa untuk blog. Biar proses blog berjalan secara natural…turun naik dan updatenya mengikut mood sebagai blog peribadi.
Kujie Entri terkini..Bunyi Macam Chain Saw
Salam ayie..blog pertama cikmin singgah dah beri komen pagi ni..
Masa- sejak dah jadi penjual beger part time ni..masa sangat terhad.Blogwalking bukan dalam senarai paling utama lagi.Ada kelapangan baru mampu macam pagi ni.
Idea- agak banyak dengan himpunan resepi khususnya, tapi disebabkan malas nak upload gambar makanya terperap je lah idea tu.
Trafik-Alhamdulillah..secara puratanya cikmin dot com mampu capai 1.5k UV sehari, takde lah hebat sangat.
yang last tu..cikmin.com hanya ada Nuffnang dan myfaheem.com hanya ada Innity.Belum terbuka untuk membuat tawaran beriklan di blog kalau ada skg pun sekadar review percuma dan ikhlas dari cikmin.
cikmin Entri terkini..Masalah Server-Trafik Bulan Oktober dan Nuffnang bagi 13725