Apakah faktor-faktor yang menjadikan diri anda itu dikatakan sebagai seorang yang beragama islam? Adakah disebabkan keturunan? Jikalau itu yang dikatakan oleh anda, fikirkanlah balik apakah jawapan sebenar untuk entri ini. Ibu bapa anda beragama islam. Jadi anda juga beragama islam. Mengapakah sejak akhir-akhir ini kita sering dikejutkan dengan berita-berita sensasi bahawa ada sahaja remaja islam yang murtad?

“Kalau nak bertaubat, taubatlah waktu kita sudah tua. Bila sudah tua, barulah tunaikan haji dan umrah”. Itulah kata-kata yang ada dalam cerita syurga cinta ini. Ibu bapa sepatutnya mendidik anak-anak mereka ke arah jalan yang benar. Anak-anak akan menjadikan ibu bapa sebagai idola mereka.
Ibu bapa minum arak. Anak pun minum arak. Patutkah perkara ini terjadi? Mengapa jadi perkara seperti ini. Sebagai seorang anak, kita sepatutnya mendoakan kesejahteraan ibu bapa kita. Tidak baik kita membuka pekung didada serta menceritakan perkara buruk dengan orang lain.
Hina sangatkah seseorang gadis memakai tudung? Negara Malaysia ini memang panas. Tetapi itu bukanlah suatu faktor yang menghalang seseorang gadis itu untuk memakai tudung. Cintakan seorang gadis yang tidak memakai tudung itu, baguskah?

