Adakah sekarang ini saya berada dalam alam percintaan? Ya sudah tentu. Anda pun sama sahaja. Jikalau anda tidak berada dalam alam percintaan, mungkin anda sendiri tidak akan mencintai diri anda itu. Cinta dengan tumbuh-tumbuhan juga sungguh bermakna.

Apabila dunia percintaan yang anda buat selama ini berakhir dengan dunia rumahtangga, cinta anda itu boleh dikatakan separuh sempurna. Cintailah seseorang itu sehingga nafas anda yang terakhir. Maka cinta anda itu adalah cinta yang benar-benar sempurna kerana anda dapat setia dengan si dia.
Mendirikan rumah tangga ataupun dalam bahasa lain berkahwin merupakan suatu perkara yang amat sukar sekali. Berkahwin itu memang mudah. Tetapi untuk menjalankan tanggungjawab yang ada dalam alam perkahwinan itu amatlah sukar. Pelbagai rintangan haruslah diredahi. Ujian demi ujian perlu dihadapi dengan sifat sabar.
Anda sudah berkahwin selama 10 tahun. Pada masa itu jua, anda sebagai seorang lelaki mempunyai banyak pekerjaan yang harus dilakukan di tempat bekerja untuk memberi nafkah kepada isteri anda itu. Anda sibuk bekerja, isteri anda dirumah itu pula sibuk bercinta dengan suami orang. Apakah pendapat anda sebagai seorang suami yang bekerja keras untuk mendapatkan duit yang halal untuk keluarga?
Ini hanyalah pendapat saya sahaja. Kalau ada salah dan silap harap dimaafkan.
Layanan anda sebagai seorang suami terhadap isteri anda itu tidak patut diabaikan begitu sahaja. Layanan yang mesra terhadap pasangan perlu dititikberatkan. Manusia tidak boleh tahan lama dalam kesunyian. Kalaulah isteri anda itu bercinta dengan suami orang lain, lepaskanlah isteri anda itu. Janganlah anda menggunakan kekuatan lelaki anda itu untuk pukul isteri. Janganlah jadi seorang lelaki yang dayus.
Dapatkanlah pandangan daripada orang yang lebih tua daripada anda contohnya ibu bapa anda. Gunakanlah akal fikiran sebelum membuat apa-apa keputusan. Keputusan yang dibuat sukar diubah semula.


One Comment
Pernah pukul lelaki yang buat skandal dengan bini orang sampai lembik..
Pejuang Kesenian Extrem Entri terkini..Contest Review Blog Dauspozicom