Cinta remaja

Percintaan itu memang sungguh indah jikalau kita mengetahui apakah itu maksud cinta. Ramai remaja tidak mengetahui apakah maksud sebenar percintaan itu. Apa yang mereka ketahui adalah jikalau pasangan yang mereka sukakan itu cantik, seksi dan popular maka mereka akan menjadikan seseorang itu sebagai pasangan cinta mereka.

Cuba anda fikirkan, kalaulah perempuan yang mereka pilih itu tidak cantik, tidak seksi dan tidak popular adakah lelaki itu akan bertahan lama dengan gadis tersebut. Kini, saya melihat, ramai lelaki memilih seseorang perempuan itu untuk dijadikan pasangan cinta mereka berdasarkan kecantikan sahaja.

Rakan-rakanku yang dihormati sekalian. Kecantikan pada diri seseorang itu tidak akan berkekalan lama. Bayi yang baru lahir akan menjadi seorang kanak-kanak yang mampu berjalan tanpa pertolongan ibu bapanya. Lalu kanak-kanak tersebut akan menjadi seorang remaja lalu menjadi seorang warga emas.

Kisah yang bakal saya kongsikan dengan anda semua ini adalah suatu kisah benar yang saya lihat kini. Jadi saya berharap anda semua dapat berikan pendapat yang bernas.

Saya mempunyai seorang sahabat lelaki. Beliau sedang bercinta dengan seorang gadis yang masih belajar di negeri Kedah Darul Aman. Gadis dan lelaki tersebut pada hari ini berumur 23 tahun. Lelaki tersebut juga merupakan seorang pelajar di negeri Johor Darul Takzim. Untuk pengetahuan anda semua, berdasarkan perkongsian cerita beliau dengan saya, inilah cinta pandang pertama oleh beliau terhadap gadis tersebut.

Untuk dipendekkan cerita, kini cinta remaja mereka berada dalam keadaan yang sedang goyang. Setiap kali berlaku pergaduhan, mesti perempuan tersebut meminta hubungan ini diputuskan sahaja. Tetapi lelaki tersebut tidak mahu. Mengapa? Lelaki tersebut tidak mahu hubungan ini diputuskan begitu sahaja jikalau beliau tidak dapat mengadakan seks dengan perempuan tersebut.

Mula-mula, indah sungguh percintaan mereka. Lelaki tersebut mengatakan awaklah jodoh saya. Tetapi bila berlaku sahaja pergaduhan, rupa-rupanya ada udang disebalik batu. Bercinta untuk buat seks? Alahai. Remaja oh remaja.

Lelaki tersebut mempunyai adik perempuan. Cuba anda fikirkan adik perempuan beliau sedang bercinta dengan lelaki lain dan turut menghadapi keadaan yang sama. Adakah anda mampu menghadapi keadaan ini? Apa-apapun, saya berharap lagi sekali anda dapat berikan pandangan yang bernas serta ikhlas dari hati anda sendiri.

Incoming search terms:

advertisement

22 Comments

  • 23 Aug 2011 | Permalink | Reply

    thanks

  • 1 Jun 2011 | Permalink | Reply

    ngok ngek betul. cinta sbb seks. bolo. sekian.
    syazana Entri terkini..2 WordlessWednesday

    • Ayie
      1 Jun 2011 | Permalink | Reply

      Hahaha. Cinta sebab seks memang tidak akan ke mana-mana la

  • ken
    29 Oct 2010 | Permalink | Reply

    tak pernah dengan movie ini :)
    ken Entri terkini..Pinang Peranakan Mansion at Penang

  • 29 Oct 2010 | Permalink | Reply

    Cinta ini yang 100% nafsu memang tidak akan bahagia sampai bila-bila.

    PS: Like your picture, feels like connected to your story there haha :)
    Albert Entri terkini..Little trip to Alor Setar

  • 29 Oct 2010 | Permalink | Reply

    mungkin sebab curang itu indah….

    Terkini: Perempuan Dan Tudung Saji

    • 30 Oct 2010 | Permalink | Reply

      indah ke curang itu? cuba kau couple ramai2 gadis.. then having sex with them.. best ke? baik ko setia dengan yang 1 tu. cintailah pada seorang sahaja. Jangan berbagi kasih
      Ayie Entri terkini..Cinta remaja

  • 29 Oct 2010 | Permalink | Reply

    si perempuan perlu teguhkan iman agar tidak terjerumus dalam kancah maksiat. lelaki ibarat mahu tidur disorongkan bantal, kalau perempuan mudah termakan pujuk rayu, memang rosakla masa depan. paling baik, tinggalkan je lelaki sedari awal andainya gerak geri nampak berlainan. sebelum terlanjur sayang.
    intankuterpilih Entri terkini..IntanKuTerpilihcom… Kini Berwajah Baru

    • 30 Oct 2010 | Permalink | Reply

      gerak geri lelaki ni sukar kita ramalkan. Saya kalau nak mengenali seseorang perempuan dan mengenali perangainya, saya akan lihat matanya. Hehehe

      Tinggalkan sahaja si dia walaupun kita sayang. Carilah orang yang mampu sayang kita 100% bukan kerana seks
      Ayie Entri terkini..Cinta remaja

  • 29 Oct 2010 | Permalink | Reply

    Begitulah jika iman tak seiring…

    • 30 Oct 2010 | Permalink | Reply

      bila kita sebut tentang agama islam pada hari ini, mereka melabelkan kita sebagai seorang ustaz ataupun seorang ustazah. Menyeru manusia ke arah kebaikan boleh dilabelkan ustaz/ustazah ke?

      Manusia sekarang tidak kisah tentang agama mereka. Yang penting keseronokan mereka terhadap dunia ini.

      Hidup kerana harta, nafsu dan keseronokan untuk dunia memang rosaklah.

      Agama dan keseronokan didunia perlu diseimbangkan. Jangan berat sebelah
      Ayie Entri terkini..Cinta remaja

  • 29 Oct 2010 | Permalink | Reply

    budak2 sekarang hanya tau nk berseronok.. baca paper pun mcm2 kesah..
    aisumichan Entri terkini..Doa Melupakan Kekasih Lama

    • 30 Oct 2010 | Permalink | Reply

      Ada ke lagi remaja yang bacakan surat khabar? Bila seorang remaja membaca surat khabar, mereka katakan yang baca surat khabar itu adalah orang tua sahaja. Haishhh

      Hidup untuk keseronokan memang bagus. Kalau tak seronok hidup dalam dunia ini, bagaimana kita ingin meneruskan hidup yang berliku-liku ini?

      Setiap keseronokan itu sentiasa ada batas-batasnya. Setiap agama yang ada dalam dunia ini sentiasa ada halal dan haramnya tersendiri. Janganlah melampaui batas itu. Kelak anda akan menyesal
      Ayie Entri terkini..Cinta remaja

  • 29 Oct 2010 | Permalink | Reply

    hahaha :D cinta cinta cinta!!! nak bercinta, tapi tak tahu maksud cinta :D saya tak tahu pasal cintani, tapi entry ni memang best :)

    • 30 Oct 2010 | Permalink | Reply

      apa itu cinta? Saya sendiri tidak tahu apa itu cinta. Yang penting apa yang saya dapat rasai daripada perkataan cinta ini adalah kasih sayang daripada seseorang yang tercinta.

      Cintailah diri seseorang itu dengan sepenuh hati anda. Janganlah bercinta dengan seseorang itu dengan satu matlamat sahaja iaitu seks. Hidup dengan seks sahaja tidak selamat.
      Ayie Entri terkini..Cinta remaja

  • 29 Oct 2010 | Permalink | Reply

    gud entry.love is not for sex.dan tak paham nape zaman skg cinta itu perlu dibuktikan dengan having sex.realize this thing people.

    • ayie
      29 Oct 2010 | Permalink | Reply

      kalau awak sayang saya, kita buat seks ya. Hahahaha.. Damn words

  • rma
    29 Oct 2010 | Permalink | Reply

    cinta kerana nafsu mmg x membawa kepada bahagia..
    peace love no war :D
    rma Entri terkini..Ramalan Paul Sebelum Mati

    • ayie
      29 Oct 2010 | Permalink | Reply

      mantapnya badan awak. Esok lusa kalau perut dah membesar, laki tu pun blah.. tak mahu tanggungjawab. Hahaha.

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

CommentLuv badge