
Hidup saya dengan anda semua adalah berlainan. Walaupun agama yang anda anuti itu sama sahaja dengan saya iaitu agama Islam tetapi sejarah diri kita berlainan. Pelbagai kisah dapat kita ceritakan. Contohnya, keturunan ahli keluarga kita. Pada pandangan saya sejarah bermaksud suatu perkara yang telah terjadi pernah ataupun tidak pernah kita lalui dalam kehidupan ini.
Setiap orang sudah pasti mempunyai sejarah diri mereka sendiri. Tetapi, adakah anda mengetahui sedalam-dalamya sejarah diri anda itu? Jikalau ya, saya ucapkan syabas kepada anda. Dengan mengetahui sejarah hidup ataupun sejarah keluarga anda itu, pada pendapat saya andalah manusia yang amat berguna dan dipandang mulia disisi masyarakat. Bukan senang nak cari seorang remaja yang minat terhadap sejarah.
Semasa di sekolah dahulu, mata pelajaran sejarah adalah suatu pelajaran yang membosankan untuk diri saya ini. Saya memang tidak minat membaca dulu. Masa dalam kelas, memang tidur sahaja. Huhuhuh. Tetapi semasa SPM saya lulus subjek itu. Mengapa saya wajib lulus mata pelajaran sejarah sedangkan pelajaran itu saya tidak minat? Sejarah dunia jikalau dilupakan, adakah kita mampu kenali dunia serta diri ini sehingga kini?



2 Comments
Aku minat gila sejarah..SPM pun dapat A..
Masa sekolah dulu setiap kali waktu sejarah,pasti ada diantara rakan2 aq yang akan memonteng..Tapi bukan aq..
Orang tidak mempelajari sejarah pasti akan mengulangi sejarah itu..
Bermakna jika seseorang melakukan kesilapan dan kita tidak mempelajari kesilapan orang itu,tidak mustahil kita akan mengulangi kesilapan yang sama.Itu sebab pentingnya sejarah..Benda yang berlaku pada hari ini pasti akan menjadi sejarah pada hari kemudiannya.
Pejuang Kesenian Extreme Entri terkini..13 Laman Ping untuk Blog Anda
dlu mokcik pong tak minat subjek sejarah.. mase tu pd mokcik ape la nk blaja sejarah ni.. nk hafal tarikh2 zaman batu.. nak ingat nama2 org2 lama.. klu dh namanye tak minat pendek kata mcm2 alasan laaa.. tp kna gak la sbb nk lulus kn
oe ya Entri terkini..Abah Birthday