Muka kau memang cantik. Kalau di bandingkan dengan model-model yang ada dalam televisyen tu, mereka pun kalah. Apabila kau berjalan, semua lelaki memandang ke arahmu tanpa berkelip mata mereka. Engkau bagaikan bidadari yang turun daripada langit. Gaya jalan kau juga mereka lihat. Semua gerak-geri kau telah diperhatikan oleh semua lelaki.

Tetapi sayangnya, kau telah menunjukkan auratmu kepada lelaki. Kau jalan keluar tanpa menutup rambutmu. Cuba kau bayangkan, sehelai rambutmu itu dibelah-belah kepada 7 helai untuk dijadikan jambatan untukmu menyeberangi satu laluan ke syurga. Dibawahmu itu adalah neraka. Adakah engkau rasa, akan lepas?
Bila seorang lelaki mendekatimu dan cuba menasihati engkau supaya memakai tudung, engkau berkata “saya masih belum bersedia“. Baiklah jikalau itu jawapan kau, aku hormatilah. Tetapi aku tidak boleh senyap sahaja dan biarkan engkau dengan dunia engkau sahaja. Mendedahkan aurat sesuka hati. Engkau adalah orang islam.
Setiap orang islam wajib menutup aurat mereka. Setiap orang islam juga wajib menyebarkan ajaran agama islam dan mengajak manusia ke arah kebaikan.Jikalau namanya adalah wajib, maka engkau haruslah patuhi peraturan itu. Mengapa sejak akhir-akhir ini ramai pemimpin-pemimpin kita terutamanya isteri mereka tidak menunjukkan teladan dan ajaran yang baik kepada pengikut serta rakyat mereka?
Menjadi seorang pemimpin negara bukanlah hanya memimpin serta membangunkan negara ini sahaja. Tetapi mereka sepatutnya menjadikan ajaran agama islam ini sebagai pegangan hidup mereka. Agama rasmi Malaysia adalah agama Islam. Tetapi mengapa ramai orang islam di Malaysia ini tidak mahu mengikuti agama tersebut? Susah sangatkah agama ini?


4 Comments
Kini saya lihat ramai ibu bapa mengizinkan anak-anak mereka menayang tubuh mereka kepada orang lain. Kehidupan ini perlu dicorak dengan sebaik-baik mungkin. Pelbagai pilihan harus dibuat agar kelak kita tidak menyesal
Ramai org bg alasan belum dapat hidayah, sebab tu “belum bersedia” nak tutup aurat.
Rasanya usaha kita tutup aurat itu sendiri pun adalah usaha untuk mendapatkan Hidayah. InsyaALLAH
Affan Entri terkini..Sesi fotografi bersama Si comel Sugar Glider
Beribu-ribu alasan mampu diberi. Ada sahaja alasan mereka agar pemakaian tudung untuk diri mereka itu dibenarkan. Saya belum bersedia. Saya belum dapat petunjuk. Kalau dah kahwin nanti saya pakailah.
Ahhh alasan yang dah lapuk. Haishhh
susah sangat ke nak pakai tudung tu ek? Aku kalau keluar dari rumah pun, tak suka pakai seluar pendek. Sebab pada pendapat aku, tak sopan orang lain lihat. Mungkin gadis-gadis yang tidak pakai tudung tu, dah tiada kesopanan kot