Semua manusia yang ada di muka bumi ini bukanlah mempunyai hati dan perasaan yang sama. Kalau rambut anda berwarna hitam, maka rambut saya pun berwarna hitam. Tetapi perasaan dan pemikiran kita berlainan. Semasa di sekolah menengah dahulu iaitu 4 tahun yang lepas, saya banyak menyertai pelbagai aktiviti motivasi. Pelbagai tempat telah saya pergi. Pelbagai ilmu telah saya pelajari. Pelbagai ragam manusia saya pelajari.

Contohlah sekarang ini anda berada di satu tempat motivasi. Anda telah dimasukkan dalam sebuah kumpulan. Setiap kumpulan itu mempunyai 6 orang. 3 orang lelaki dan 3 orang perempuan. Tugasan yang diberi adalah anda haruslah mengutuk dan mengkritik rakan dalam kumpulan anda itu seorang demi seorang. Anda pun lakukan tugasan itu dengan sempurna.
Setelah selesai tugasan tersebut. Adakah anda rasa perasaan rakan anda itu sebelum dan selepas kutukan dan kritikan tersebut sama sahaja? Jikalau rakan anda itu tidak bernyawa dan merupakan patung, jadi sudah tentu dia tiada perasaan.
Sebagai seorang blogger, kesilapan itu sudah pasti terjadi. Manusia ini tidak akan lari daripada melakukan kesilapan. Anda buat salah, jadi saya sepatutnya menegur anda dan menegah anda daripada melakukan kesilapan yang sama lagi sekali. Gunalah bahasa yang baik. Janganlah memaki hamun sesuka hati anda.


3 Comments
selagi namanya ‘manusia’ gini laaa.. samada individu tersebut sedar atau tidak.. ditegur atau tidak..
bagus kalau selalu ‘cermin diri’ agar kita tidak lupa
oe ya Entri terkini..Abah Birthday
tugasan macam ni pun ada..Nasib baik aq tak pernah kena..
Pejuang Kesenian Extreme Entri terkini..Jejaki rakan anda melalui Nombor Telefon Bimbit GPS
salam ayie..
teringat masa akak pergi kem motivasi zaman remaja dulu..
itulah tugasan yang akak terima..
mengkritik dan mengutuk..
tapi.. akak tak buat tugasan tersebut kerana mereka kawan-kawan akak..
bila ditanya kenapa akak kata untuk apa akak ikut arahan orang/ketua yang akak baru kenali untuk menghentam kawan2 akak?
banyak lagi cara jika ianya bertujuan untuk menegur.. bukan kutuk dan kritik..
fasilitator akak jawab apa tau..

isza Entri terkini..Bila siang nampak luar tak nampak dalam – Bila malam nampak dalam tak nampak luar