Inilah kisah cintaku

nur farihah yanti bte misri klon yuna

Pada umurku 20 tahun, aku telah bercinta dengan seorang gadis bernama Nur Munirah Bte Yahya pelajar UiTm Kampus Bandaraya Larkin Johor Bahru. Itulah cinta yang aku rasakan sungguh bermakna sekali.

Tiada yang indah lagi sewaktu aku bercinta dengan si dia. Tetapi cinta aku dengan si dia tidak kekal lama sehingga kini.

Aku bercinta dengan si dia setahun sahaja. Pelbagai benda aku telah pelajari tentang seorang perempuan. Pahit getir telah aku lalui bersama si dia.

Kini, untuk pengetahuan korang, aku telah menemukan cinta baru untuk diriku ini. Nama gadis yang aku bercinta ini adalah Nur Farihah Yanti Bte Misri. Dia adalah pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia.

Cinta pandang pertama aku berputik apabila gengblogger buat gathering di Putrajaya. Pada masa itu, aku sibuk buat jualan untuk baju-baju gathering gengblogger ini.

Ramai blogger telah hadir pada masa itu. Apabila aku datang ke gathering tersebut, aku rasakan macam ada seseorang yang memerhatikan aku. Hehehe. Mungkin hanya perasaan aku je kot.

Apabila permainan yang telah dibuat oleh joe dan broframestone habis, semua blogger sibuk membeli baju-baju gathering yang dibawa oleh ku untuk mereka semua.Kini tibalah pula giliran Nur Farihah membeli baju gathering tersebut. Aku lihat dia ni pemalu lah pulak orangnya. Hehehe. Tadi masa permainan, wah girang betul dia ketawa.

Nak beli baju dengan aku pun malu? Haishh. Aku pun cakaplah dengan dia, ni kenapa nak malu-malu? Nak beli tak? Dia boleh jawab, kejaplah. Dia punya saiz baju tak silap aku adalah XS. Fuhh kecik betul minah ni. Huhuhu. Mati aku kalau dia baca entri ini.

Masa aku nak hulurkan baju yang dia pinta tu, ahhh gigil pulak tangan aku ni. Tiba-tiba menggigil. Yelah, masa tu aku baru sahaja baik daripada demam. Kawasan Putrajaya yang aku duduki itu iaitu rumah rakanku ejam, sebenarnya masih berabuk. Sebab ada binaan lagi. Aku ni memang alah kat habuk.

Mataku tidak berkelip-kelip memandang matanya. Semua blogger telah masuk ke dalam satu bilik untuk sesi perbincangan seterusnya. Aku pula sibuk mengemas baju-baju untuk di bungkus. Aku lihat si dia ni macam ada masalah je. Yelah duduk luar seorang diri. Huhuhuh. Dalam hatiku, aku nak jer merapati si dia dan minta nombor telefonnya. Tetapi mulutku ni macam tak boleh terbukalah. Macam ada emas pula.

Kalau korang nak kenali seseorang perempuan ni, nama dia padaku tak penting pun. Yang penting nombor telefon tu. Tapi nombor telefon dan nama aku tidak dapat. Alahai. Aku berpendapat, mungkin tiada jodoh aku untuk berkenalan dengan dia pada masa tu. Sejak dari itu, setiap hari aku membaca blog dia. Dia ni kalau pasal update blog, alahai pemalas sungguh. Huhuhuhuh.

Aku memikirkan idea bagaimana untuk mengenali si dia. Aku pun follow pula twitter dia. Mula-mula aku bertwitter dengan dia, malu-malu. Huhuhuh. Aku ni kan pemalu :D . Aku minta tolong kawan aku Hariz untuk bersama-sama dengan aku bertwitter. Ahaks. Senyap-senyap aku minta nombor telefon farihah (DM).

Pada masa tu, satu gelaran telah diberi oleh Azizan Kadir iaitu gadis Africa untuk si dia. Aku pun tidak tahu kenapa Azizan Kadir berikan gelaran itu pada si dia. Mungkin disebabkan badannya itu kurus.

Bila dah dapat nombor telefon, aku pun apa lagi teruslah mesej dia. Seminggu sahaja aku perlukan untuk aku luahkan perasaan cintaku pada si dia. Cinta ini telah diluahkan. Tetapi korang jangan ingat si Farihah ni terima. Susah juga aku nak dapatkan cintanya.

Kini, sudah 2 bulan cinta kami berlanjutan. Dalam masa 2 bulan tu, jangan ingat indah sahaja. Aku ni dahlah panas baran. Dia pun sama je. Asyik-asyik gaduh je. Tapi tak lah gaduh mana pun. Cuma gaduh yang kecil-kecil jer.

Aku harap cinta aku dengan Nur Farihah Yanti Bte Misri kekal lama sehingga ke anak cucu. :X:X. Fuhh tak pernah beb aku buat entri 600 patah perkataan :D

advertisement

76 Comments

One Trackback

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

CommentLuv badge