Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung-pengunjung serta pembaca-pembaca setia BLOG-AYIE[dot]com sekalian. Hari ini saya ingin berkongsi satu lagi tutorial adobe photoshop yang bertajuk mencipta langit menggunakan adobe photoshop. Caranya amat mudah sekali. Tidak sampai 5 minit pun saya buat satu langit didalam adobe photoshop ini.
Hasil yang telah saya buat didalam adobe photoshop adalah seperti dibawah ini.

Langkah-langkah yang perlu anda ikuti untuk menghasilkan gambar langit seperti di atas ini adalah :
1) Create new document bersaiz 400px height 400px width
2) Gunakan “Gradient tool” dan gunakan warna-warna mengikut kod seperti ini.
#6dbede dan #2f82c0. Anda akan dapatkan warna layer anda seperti ini.

3) Sekarang ini, anda perlulah buat 1 bentuk menggunakan Elliptical Marquee Tool.

4) Sila buat bentuknya seperti ini. Gunakan butang SHIFT di keyboard anda untuk membentuknya.

5) Setelah selesai buat bentuk langit seperti di atas ini, sila warnakan lapisan tersebut dengan warna putih agar ia selesai menjadi gambar seperti di bawah ini.

Siap. Segala tutorial ini saya berpandukan di blog Photoshop Star.


3 Comments
wslm… insyaallah aku akan bykkan tutorial photoshop dlm blog ni .. huhuhuhu sebb aku minat edit2
dungguh mudah dan sempoi photoshop ni, memang kita jadi kreatif
etomyam Entri terkini..Bagaimana Menjadi Jutawan Sebelum Usia 25 Tahun
ni bleh try gak ni.. t q ayie
oe ya Entri terkini..Dessert Barli dengan Biji Teratai
One Trackback
[...] This post was mentioned on Twitter by a-y-i-e, a-y-i-e. a-y-i-e said: Mencipta langit menggunakan adobe photoshop http://goo.gl/fb/1zbgf [...]