Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung-pengunjung serta pembaca-pembaca setia BLOG-AYIE[dot]com sekalian. Entri saya pada hari ini adalah bersifat personal sahaja. Segala luahan serta pendapat saya adalah dari diri saya sendiri. Mengapa saya katakan hidup di kampung lebih selesa berbanding di bandar?

Untuk pengetahuan anda semua, sejak saya memulakan hidup baru pelbagai benda lama telah saya tinggalkan. Dulu saya memang minat mendengar muzik yang kuat-kuat seperti lagu-lagu techno, trance, club dan lain-lain. Kini saya lebih sukakan mendengar lagu ala-ala instrumental. Sebab lagu-lagu itu akan menjadikan saya mudah berfikir tentang persekitaran.
Hidup di bandar tidak sama hidup di kampung kerana suasana di bandar itu lebih bising. Ramai gadis-gadis kampung berhijrah ke bandar untuk mencari pendapatan yang lebih lumayan. Tidak semua daripada mereka mampu meraih pendapatan yang lebih lumayan di bandar. Dan tidak semua daripada mereka mampu hidup selesa, aman dan sejahtera.
Adakah hidup di kampung tidak dapat meraih pendapatan yang lumayan?

Selain itu, pada pendapat saya, air minuman dan makanan yang berada di bandar itu tidak semuanya elok dan selamat untuk kesihatan kita ini. Pelbagai campuran telah di masukkan ke dalam sesuatu makanan itu agar ia lebih tahan lama. Makanan itu telah di campur dengan bahan pengawet.
Adakah bahan pengawet dalam makanan itu bagus untuk badan kita ini?

Bila sebut pasal udara yang kita hirup selama ini apabila berada di bandar, adakah ia bagus untuk badan kita jua? Kita memerlukan oksigen yang bersih untuk kesihatan yang terbaik dalam badan kita ini. Tetapi udara yang dikatakan segar di bandar itu, adakah ia bagus? Asap-asap dari kenderaan yang banyak itu, bagus ke untuk pemikiran kita?
Apa-apapun, lain orang lain pendapat. Inilah pendapat-pendapat saya sahaja.
Sumber gambar : Farah Razali


6 Comments
actually aku memang suka letak gambar besar2… sebab makin besar, makin cantik. Pasal saiz gambar, kalau terlebih 200kb, aku akan compress. Quality gambar tidak terjejas. Tapi saiz gambar itu akan berkurangan. Hahahahaha
Makin besar kan best
Waaaa..rindu nak duduk kg..Hidup di kg memang seronok..
sue Entri terkini..Cok Bantal cicah sardin
tapi jangan komplen kalau di kampung tak selesa sebab banyak nyamuk ya =)):))
udara yg segar.. mmg takleh nak lawan la
mrnoble Entri terkini..Find People with Pipl
tetapi kalau ko bandingkan kemudahan yang ada di bandar dan di kampung, bandar menanglah.
One Trackback
[...] This post was mentioned on Twitter by a-y-i-e, Merpati Putih. Merpati Putih said: Hidup di kampung lebih selesa berbanding bandar http://bit.ly/dvMXcB (via @blog_ayie) [...]