Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca-pembaca serta pengunjung-pengunjung BLOG-AYIE[dot]com sekalian. Dunia realiti dengan dunia maya sungguh berbeza jikalau kita mendalaminya sedalam yang mungkin. Dunia realiti kita mampu berdepan dengan seseorang itu jikalau kita ada buat masalah dengan seseorang itu. Tetapi jikalau dalam dunia maya ini, jikalau kita ada masalah, kita haruslah memohon ampun dan maaf dengan seseorang yang kita buat salah itu menerusi dunia maya jua. Kalau kenal, jumpalah. Kalau tak kenal bagaimana nak jumpa? Huhuhuhu.

Sumber gambar : Justkhai[dot]com
Berdasarkan gambar di atas ini, saya ingin berikan pendapat saya sahaja tentang masalah yang telah Just khai dapatkan melalui emelnya sebelum ini.
Dunia ini memang sukar kita fahaminya. Semakin terkenal seseorang itu, semakin ramai orang yang mula mendekatinya. Tetapi jangan ingat semakin anda terkenal, semakin ramai orang yang suka anda itu. Orang yang tidak suka kepada diri kita ini semakin berlambak-lambak. Bagaikan di pasar lambak itu. Huhuhuhu. Sesuatu masalah itu bukanlah kita cari ia. Tetapi kadang-kadang masalah itu datang dengan sendirinya.
Jadi pesanan saya kepada Khai, sabar sahajalah. Dunia ini sungguh sukar difahami. Teruskan sahaja berblog. Anda susah tiada orang yang akan tolong. Bila anda senang, ramai orang akan menghimpit-himpit anda. Selamat berblog dan selamat beramal ya.


10 Comments
Siapa benci saya erk? =.= Tapi saya rasa sepanjang berblog tak de buat kes ngan orang kot~
ProfHariz Entri terkini..Gambar Artis Jambu Malaysia
dalam dunia maya ni kan.. tak boleh makan hati sangat..
boleh tak begitu?
isza Entri terkini..Itu tak halal ini tak halal dah check kat JAKIM kenapa tak senarai
makan hati makan jiwa n makan diri la nnt =)):))
adeh…bahaya juga kalau dah terkenal
ruhayu razali Entri terkini..BLOGGER MANIKKAMU MEMANG HEBAT
ini dah lumrah hidup kak. Low profile sangat pun tak boleh. High profile sgt pun tak boleh jugak. Manusia ini selalu ada perasaan hasad dengki. Manusia bukanlah makhluk yang sempurna. Jadi kita kena sabar saja
ni mesti kes pasal ada yg menyamar Khai serang shoutmix blogger lain..
yup… betul2… aku tak suka guna shoutbox. bila blog aku tak ada shoutbox, jadi aku kalau nak contact seseorang blogger lain aku takkan guna shoutbox dia juga.. hohoho. aku akan komen jer entri dia
hehe aku bg pesanan kat entri dan shoutbox seseorg blogger tu kalau aku ada apa2 hal,
shoutbox ni fungsinya ok je, cuma org2 yang menyalahgunakan shoutbox ni masalahnya..
sebab tu aku pun takde shoutbox muahaha
tengkorak emas Entri terkini..Komen-komen aku terbaik No komen -
hmmm agak2, ayie benci akak x? hehehe
DaHLia Entri terkini..Senarai Mangsa Maut Kemalangan Ngeri Simpang Ampat 101010
erkkk soalan cepumas ek.. =)):)) dunia blog ni buat apa kita nak benci membenci. Kalau dunia realiti pun kalau akak benci saya pun, mungkin tak ada apa2 kesan kot
:P
One Trackback
[...] This post was mentioned on Twitter by a-y-i-e, a-y-i-e. a-y-i-e said: Semakin terkenal semakin ramai pembenci http://f.ast.ly/UqNSE [...]