Kisah hidup seorang lelaki

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca-pembaca serta pengunjung-pengunjung BLOG-AYIE[dot]com sekalian. Hari ini sebagai tuan blog ini ingin berkongsi hidup saya sebagai seorang lelaki kepada anda semua. Mungkin ada dalam kalangan anda semua (perempuan) masih lagi tidak mengenali siapakah itu seorang lelaki?.

Apa yang anda ketahui tentang seorang lelaki? Mungkin anda akan mengatakan bahawa lelaki itu adalah seorang yang kuat, pemanja, dan penyayang. Ada juga yang mengatakan lelaki ini adalah seorang penipu, pemain hati perempuan dan seorang yang lembut.

lelaki mudah menangis :P

Sebagai seorang lelaki, mungkin anda mengatakan lelaki itu tidak patut menangis. Kalau menangis, kejantannya tiada. Wow. Terbaik beb kata-kata itu. Haishh

Salahkah kalau lelaki itu menangis? Bila kita ada masalah, perempuan akan menangis. Sepanjang saya hidup dalam dunia ini, banyak kali saya akan menangis bila sesuatu masalah itu datang. Bila bercerita dengan kawan-kawan, mereka bersahaja (buat bodoh). Akhirnya kita terpaksa menyelesaikan masalah itu dengan sendirinya.

Lelaki memang pantang di cabar. Bila seseorang perempuan itu mencabar seseorang lelaki, semangat seseorang lelaki itu tiba-tiba berada di tahap klimaks. Kesimpulannya, ego seseorang lelaki ini memang tinggi. Tetapi bukan sepanjang masa lelaki ini ego. Mereka akan ego mengikut waktu dan tempat sahaja.

advertisement

One Comment

One Trackback

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

CommentLuv badge