
10 Oktober 2010, tarikh keramat yang membawa seribu erti kepada pasangan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan juga tunangnya, Dr. Harlina Mohd. Yunos yang bakal menaiki jenjang pelamin selepas bertunang sejak 1 Januari 2010 lalu.
Malah tarikh 10.10.10 juga dilihat sebagai sesuatu yang amat menarik kerana bukan sahaja bakal menjadi ulangtahun perkahwinan pasangan yang diraikan ini, secara kebetulan, ia juga merupakan ulang tahun ketiga angkasawan negara ini ke angkasa lepas.
Istimewa untuk para peminat di Malaysia, acara gilang gemilang ini bakal dibawakan eksklusif oleh TV3 pada Ahad ini.
Detik bersejarah ini akan bermula pada pukul 2.00 petang menerusi slot Nona yang akan memaparkan persediaan dan proses perancangan majlis gilang-gemilangnya.
Liputan bermula daripada hari pertunangan di Hotel Allson Klana, Seremban, Negeri Sembilan Januari lalu termasuklah majlis akad nikah yang akan diadakan di Masjid Besi atau Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bermula pukul 11.00 pagi.
Turut dipaparkan adalah penceritaan menarik dan kenangan manis kisah cinta romantis Muszaphar yang akhirnya bertemu jodoh dengan pasangannya.
Siaran langsung majlis resepsi dan persandingan berkonsepkan istana kayangan dibawakan khas dari Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya sejurus berakhirnya Buletin Utama.
Kredit : Mangga Online


13 Comments
Hope they are going to get together forever.
gempak betul la tv3 dapat hak siaran eksklusif perkahwinan diorang….
gambar kawin diorang akan jadi rebutan….
cantik tarikh persandingan mereka
ayie pula pilih tarikh apa?
ruhayu razali Entri terkini..RAYA DAH HABISumai baru dapat kasut raya-aku mengidam benda nie
12/12/2012.. hohoho
kalau ada 13/13/2013 pun boleh jer
tapi ada ke bulan 13 ?:-? =)):))
hahahah…mana2 yang cantik…
ewah..dah mengatal eik…
ruhayu razali Entri terkini..RAYA DAH HABISumai baru dapat kasut raya-aku mengidam benda nie
=)):)) kalau tarikh yang cantik.. duit pun kena cantik jugak ek.. baru tahu ke yang saya ni memang gatal =)):))
amboi ayie…tak sabarnya nak kahwen =D
orang kata perkahwinan tu best. Jadi ayie tak sabar2 la. =)):))
best? apa yang bestnya tu ayie? jangan ingat perkahwinan untuk seronok je. kahwin adalah 1 tanggungjawab yang besar. kalau bahagia memang lah best. kalau porak-peranda? apapun, takde orang pun yg nk perkahwinan yg haru biru kan. =) alang2 ayie dh berangan nak kawen, berangan lah sekali jadi suami yg mithali ye, Mudah-mudahan.
Sya Isya Entri terkini..REDMUMMYCOM PENCINTA MERAH YANG FAMOUS
wah mrh jer
tarikh dye smart abes…
;D
semoga kekal la dowang ni.
mungkin aku akan kahwin pada 12/12/2012 =)):)) penghujung tahun utk tarikh dan bulan yang smart
One Trackback
[...] This post was mentioned on Twitter by Merpati Putih and a-y-i-e, a-y-i-e. a-y-i-e said: Perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor di TV3 http://f.ast.ly/UC9jw [...]