Melayu tak sedar diri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca serta pengunjung-pengunjung setia BLOG-AYIE[dot]com sekalian. Maaf di pinta jikalau entri saya ini agak keterlaluan. Tetapi ia tidak bersifat menyeluruh kepada semua orang yang berbangsa Melayu.

melayu tak sedar diri

Berdasarkan gambar di atas, perkara yang saya ingin terangkan dalam entri ini adalah mengenai penampilan seseorang melayu (rambut). Dari kecil sehingga jadi seorang remaja, rambut si dia itu berwarna hitam seperti orang melayu yang lain. Tetapi apabila sudah pandai bergaul dan melihat dunia luar, si dia ini ada hati ingin menukar penampilannya dengan mewarnakan rambut.

Mengubah sesuatu tanpa alasan dan sebab yang tidak munasabah hanya untuk kepentingan diri serta dunia sosial itu perlu ke? Warnakan rambut untuk lebih cantik dan lebih kacak. Alahai. Kalau muka kau macam “longkang” sekalipun, tak perlulah ubah. Syukur sahaja dengan pemberianNya. Ini tak. Kau makin keji pemberianNya itu.

Cantik sangat ke mewarnakan rambut? Kau pasti ke pewarna rambut itu bagus, bersih dan halal? Kalau kau warnakan untuk jaga kesihatan tak apalah. Ni untuk menggedik sana sini. Haishhh geli beb. Pada yang dah warnakan rambut tu, cuba korang pegang rambut sendiri. Kasar tak? Jadi kau fikirlah sendiri beb.

Konon nak jadi macam orang di negara barat tu. Aku nak tahulah. Kau ni orang apa? Orang melayu ke apa?

advertisement

12 Comments

  • 9 Oct 2010 | Permalink | Reply

    Paling menyampah kalau muka cam cipan nak kaler rambut…
    Shahrulsite Entri terkini..Jadi Kaya Dengan Bisnes Cicak

    • ayie
      9 Oct 2010 | Permalink | Reply

      =)):)) muka cam cipan ke. hot sangat ke. Kaler rambut memang aku benci. Sekali ko kaler rambut, sampai mati aku perli =)):))

  • 9 Oct 2010 | Permalink | Reply

    salam.
    hewan hidup dengan insting. manusia ialah sebaik2 kejadian(quran), sebab? de otak utk fikir. hewan de otak bukan utk fikir. melayu(islam)kena guna otak islam leer. color rambut selain keperluan perubatan/kesihatan dan darurat hukumnya haram nih. dedah rambut, dedah tubuh pun haram (betina ler). hidup nih asyik nak dapat haram manjang jer, langgar hukum agama berterusan, nampak macam tak termasuk sebaik2 kejadian di sebut di atas tuh sebab tak mau guna o t a k , so jadi pe ye ?? ha ha !
    musi Entri terkini..Tiada Sebab Untuk Ingkar

    • ayie
      9 Oct 2010 | Permalink | Reply

      waalaikummussalam. Haiwan ada otak. Tapi bukan akal fikiran. Manusia ada otak dan akal fikiran. Tapi mereka ni sanggup buat apa-apa sahaja demi mengejar populariti dalam dunia ini sahaja. Bila kita (lelaki) menegur, dorang kata alim sangat ke kita ni? =)):)) bodoh lagi bebal. nasihat seseorang tu tunjukkan kita ni alim ke???

      • 11 Oct 2010 | Permalink | Reply

        Salam. Ni sahabat. Alim tu makna nye mengetahui. kalo nak ikut istilah betul juga kita, bila nasihat kat orang tu makna nye kita tau yang perbuatan tu haram(kita tau=kita alim kan? he he). Mereka yang ditutup hati nya untuk mematuhi suruhan Tuhan, mudah2an bertobat hendaknya satu ari nanti sebelum di . . di . .disembahyangi.
        musi Entri terkini..Tiada Sebab Untuk Ingkar

        • ayie
          11 Oct 2010 | Permalink | Reply

          fuhhh panjang betul komen ek…

  • iqa
    9 Oct 2010 | Permalink | Reply

    setuju sgt!
    kwn2 sy pon rmai yg kalerkan rmut.
    xtau ape pekdahnye.
    hodoh!
    :p

  • 9 Oct 2010 | Permalink | Reply

    Aku botak!
    The Sharkox: Jejaka Kacak dari Sintok
    TheSharkox Entri terkini..Mat dan Blazer Konvo

  • 9 Oct 2010 | Permalink | Reply

    Rambut aku hitam berkilat bagaikan rambut model iklan syampu *toot* hehehe…

    yg lawaknya, member2 aku dari UK sume teringin nak rambut hitam cam aku, siap ada yg kaler rambut dari blonde jadi hitam da… kononnya emo la tu

    ntah le, manusia mmg tak pernah berpuas hati dgn apa yg diorg ada
    Jo Qusary Entri terkini..Contest Stylo- Act 1

  • 9 Oct 2010 | Permalink | Reply

    biaselah…tanda2 akhir zaman..hmmm
    Anip Entri terkini..Maxis Broadband Atau Celcom Broadband- Yang Mana Satu Pilihan Anda

    • ayie
      9 Oct 2010 | Permalink | Reply

      Yang dah biasa tu tak boleh bertukar kepada luar biasa ke? Hari-hari cakap biasa, nanti orang membiasakannya.

  • 9 Oct 2010 | Permalink | Reply

    aku pernah colour rambut.

2 Trackbacks

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

CommentLuv badge