Moral dan moraliti

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca serta pengunjung-pengunjung setia BLOG-AYIE[dot]com sekalian. Entri saya pada kali ini adalah tentang perkongsian ilmu dengan anda semua yang bertajuk Moral dan Moraliti. Untuk pengetahuan anda semua, moral dan moraliti adalah suatu perkara yang berlainan maksud.

Apakah itu Moral?

Moral berasal dari perkataan Latin “mos, mores” yang bermaksud “adat kebiasaan”. Sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan bagi sesuatu masyarakat di panggil sebagai moral. Moral juga bermaksud sebagai tingkah laku manusia sama ada baik atau buruk.

Contoh :

1. Sudah menjadi adat dan kebiasaan bagi masyarakat kampung bergotong royong semasa kenduri kahwin dan lain-lain.

2. Tolong menolong adalah tingkah laku yang baik, manakala vandalisme dan gangsterisme adalah tingkah laku yang buruk dalam masyarakat.

apakah itu moral dan moraliti

Apakah itu Moraliti ?

Moraliti adalah satu peraturan yang di adakan agar kita dapat mencapai tujuan kita secara kolektif. Moraliti juga mengandungi satu set peraturan dimana sekiranya setiap individu menurutinya, dia akan berjaya.

Contoh :

1. Peraturan untuk memakai topi keledar bagi penunggang motosikal dan tali pinggang bagi pemandu kenderaan adalah untuk mencapai tujuan kolektif untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

2. Penagih dadah akan dihukum penjara dan dihantar ke pusat pemulihan, maka ia akan menghadkan kebebasan kita daripada mengambil dadah, untuk kebaikan kita sendiri, dan peraturan ini juga akan menghadkan kebebasan masyarakat yang lebih besar.

Incoming search terms:

advertisement

4 Comments

  • 8 Oct 2010 | Permalink | Reply

    dapat lagi satu ilmu..tq!
    Kalamhati Entri terkini..UPDATE KES PEMBUNUHAN SOSILAWATI

    • ayie
      8 Oct 2010 | Permalink | Reply

      ilmu sebenarnya memang wajib dikongsi. Ini hanyalah pendapat saya sahaja. Jikalau sesuatu ilmu itu tidak di kongsikan oleh anda kepada orang lain, jangan harap ilmu anda itu akan berkembang dan kukuh.

  • 8 Oct 2010 | Permalink | Reply

    Nice Info :) Disini aku dapat tahu apakah moral dan moraliti lebih mendalam
    ProfHariz Entri terkini..Siapa Maher Zain

    • ayie
      8 Oct 2010 | Permalink | Reply

      thanks
      Kadang-kadang pelajaran yang di ajar oleh guru-guru disekolah itu (moral) tidak katakan maksud sebenar apakah itu moral dan moraliti.

One Trackback

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

CommentLuv badge