Penurunan rezeki kepada umat islam

rezeki umat islam

Rezeki tanpa solat | Harian Metro adalah tajuk yang telah menarik minat saya untuk merungkaikan lagi pendapat saya tentang tajuk yang telah diketengahkan di laman web Harian Metro ini. Rezeki seseorang manusia di muka bumi ini telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Sebagai seorang manusia kita hanya mampu merancangnya. Selebihnya adalah hak Allah untuk menentukkanya. Kita janganlah berputus asa untuk mengingatiNya dalam doa solat kita setiap waktu dan dimana-mana jua.

Seseorang manusia telah memberi hadiah kepada kita. Kita tidak bersyukur kepada pemberian hadiah tersebut. Kita telah menghina-hina pemberian itu lalu merosakkannya sekaligus. Kalau Ery Farieha yang bagi saya hadiah lalu saya rosakkanya, sudah semestinya beliau sedih kan?

Itu adalah cerita kita sesama manusia. Jikalau dengan Tuhan, sama sahaja. Tidak melakukan solat, tidak berpuasa, melakukan zina, minum arak dan lain-lain bagus ke kepada seorang yang bergelar umat islam? Bukan tidak bagus lagi, malah kita akan mendapat dosa besar jika melakukannya.

Kesimpulannya, sebagai seorang manusia yang bergelar umat islam kita seharusnya sentiasa bersyukur kepada pemberianNya. Setiap perkara yang terjadi dalam dunia ini sudah pasti mempunyai petunjuknya yang tersendiri. Janganlah engkau ingkari setiap perkara yang telah disuruh oleh Allah S.W.T itu. Ingatlah dosa dan kematian itu. Semakin banyak dosa, kemanakah engkau akan hala tujui sewaktu hari kebangkitan sekalian umat manusia.

advertisement

One Comment

  • Ayie
    29 May 2011 | Permalink | Reply

    Perghh satu nasihat yang terbaik beb. TQ bro

One Trackback

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

CommentLuv badge